Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Teater Natrah
Wednesday, December 1, 2010 | 10:56 AM | 26 comments

Percaya atau tidak.
Ini merupakan kali pertama saya melihat Teater.
Bila Wawa ajak, saya terus kata Jom! Jom! ;P


Muka teruja nak tengok Teater Natrah.
Lihat poster tu, katanya KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI.
Pastinya sudah cukup mengambarkan betapa hebatnya Teater arahan Erma Fatimah ni.


Ini snapshot pelakon-pelakon Teater Natrah.
Kami duduk di tingkat atas jadi gambar ni ambil dari jauh je.
Ada Umie Aida, Maya Karin, Remy Ishak, Sofea Jane, Aaron Aziz, Nabila, Ziela Jalil, Liyana Jasmay, Sharifah Sofia dan ramai lagi!!!

Sinopsis :
Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.
- Ambil dari Portal Rasmi Istana Budaya -



Kami pasti tidak ketinggalan untuk sesi autograf bersama para pelakon.
Sanggup beratur panjang dan membeli poster berharga RM2.00 sahaja.
Hanya sebab nak jumpa Umie Aida, Maya Karin & Remy Ishak.

Malangnya gambar semua tak jadi disebabkan
gangguan dari seorang guard yang super annoying!.
Cuba bayangkan, Umie Aida sendiri yang datang pada kami
tapi guard itu tak bagi ambil gambar jugak!
Padahal Umie sendiri cakap pada kami,
ambil gambar cepat2 tapi dihalang guard annoying itu.
Umie sangat baik. Saya sangat mengagumi kebaikannya.

Guard itu terus-terusan stalk kami.
Orang lain dgn selambernya ambil gambar bersama artis lain dia tak marah pun.
Itulah nasib kalau tak ada kamera dalam handphone.
Kalau bawa kamera DSLR kena ambil dari jauh je.
Apakah?


Thanks untuk Mama & Wawa.
The lovely ladies yang belanja tengok Teater Natrah.
Disebabkan mereka, impian untuk tengok teater di Istana Budaya akhirnya menjadi kenyataan!

Saya SUPER Happy! ^___^


Labels:


OLD | NEW
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |