Tarikh Keramat
5 Mac 2011 - Risik & Bertunang.
Asalnya keluarga tak setuju untuk mengadakan Majlis Tunang.
Katanya lebih baik risik sahaja dan boleh terus fokus untuk Majlis Walimatulurus.
Tapi entah macamana akhirnya bertunang jugak sebab pihak lelaki dah sediakan
2 cincin dan hantaran.
Jadi haruslah pihak perempuan pun menyediakan hantaran balas kan.
Kiranya Majlis kami pun simple je sebab semua persediaan 'last minute'.
 |
| Tema warna ungu dan emas ;) |
21 Januari 2012 - Majlis Nikah & Sanding
Majlis Nikah & Sanding diadakan pada hari yang sama.
Senang habiskan sekali harung dalam sehari..
Majlis Nikah diadakan sebelah pagi di Masjid Gebok, Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami telah selamat bergelar suami & isteri.
 |
| Seiring dan sejalan sebagai suami isteri. Ewahhh :P |
Untuk Majlis Sanding pulak....
Mama dah cakap awal-awal dia nak buat Adat Tol dari Johor.
Dan Papa pun tak nak kalah juga dengan Adat Menyembah dari Negeri Sembilan.
Jadi Majlis Sanding kami ada gabungan 2 adat iaitu Negeri Sembilan & Johor.
Tapi kedua-dua adat tu kami takde lah ikut betol-betol secara detail.
Sekadar untuk memeriahkan majlis & merapatkan silaturrahim antara 2 keluarga yang akan bersatu.
 |
| My dream cake terlaksana. Simple je! :) |
4 Febuari 2012 - Majlis Tandang
Majlis Tandang pula diadakan selang 2 minggu di rumah pihak lelaki.
Saat ni palingggg mendebarkan sebab bakal duduk rumah mertua.....
Kalau boleh tak nak bagi Mama & Papa balik...
Tapi Alhamdulillah, sebab famili & saudara mara si dia yang sangat ramah & memahami. Buat Fara rasa selesa dan happyyy sangatsangat!
Dan.... Lepas 3 hari, kami terus bertolak pergi berbulan madu....
Rasanya tu je la kot update sepanjang menyepi selama 1 tahun setengah...
OLD | NEW