Baby Buntut
Bukan tipikal kucing rumah yang tahu duduk diam.
Bukan juga cantik macam persian.
Cuma kucing liar yang dikutip di tepi jalan semasa kecil.
Pernah saat-saat aku down dan menangis sendirian di bilik.
Tahu-tahu saja Baby dah di sebelah.
Meletakkan paw dia atas tangan aku.
Seolah-olah turut bersimpati.
Saat tu, dibiarkan aku peluknya lama-lama.
Walaupun kebiasaannya dia akan meronta-ronta minta dilepaskan.
Baby aku punya hati.
Labels: little munchkin
OLD | NEW