Ada 3 perisa : OREN, SARSI & AIS KRIM SODA.
Ais Krim Soda paling favourite <3
Satu famili memang sangat suka air ni.
Jadi masing-masing berebut nak minum.
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!
Alkisahnya satu hari ni, Fara dapat Air Botol Soda terakhir.
Cepat-cepat bawak lari untuk minum sambil mengadap tv.
Air Soda berisi ais dalam cawan tu letak kat sisi sekejap.
Sambil tangan sibuk pilih-pilih channel tv yang best.
Sekali pusing nak ambil air tu semula...
Ada orang lain dah minum dulu tanpa pedulikan orang sekeliling.
Minum...
Minum lagi...
lagiiii... =_=
Macam tak nak berhenti minum pun!
Habislah air ni nanti T__T
EEEE~ Ni yang nak marah ni!!!
Tapiiiiiii, tak jadi.
Sunday, September 5, 2010 | 11:33 PM | 15 comments
sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu dan muka berbintik hitam.
Sejak dua tahun lalu, aku boleh dikatakan menderita dengan simptom di atas. Muka aku menjadi sangat sensitif dgn cahaya matahari dan selalu berminyak. Aku fikir aku dah menghidap satu penyakit bernama resdung. Selama hampir dua tahun juga aku elakkan makan ayam dan apa yang patut. Malah alat solek pun aku hanya pakai bila ada event besar sahaja. Kalau boleh setiap bulan jumpa doktor pakar kulit. Tapi bila berhenti je jumpa doktor walaupun sekejap, naik balik :(
Sehinggalah kejadian berbuka bersama keluarga semalam...
Irah : Mama, Iyah asyik gatal mata je. Aku : Pastu macam kabur kan? Irah : Aah. Aku : Resdung la tu. Nabila : Bukanlah. Keluarga kita kulit sensitive. Itu sebenarnya allergy rhinitis. Ni alergi kepada benda berbulu macam kucing dan karpet. Nanti akan rasa macam nak demam juga. Irah : Patutla iyah selalu rasa nak demam bila balik rumah...(sebab kami memang ada kucing di rumah)
Pelik tapi benar. Kami sekeluarga amat sukakan kucing. Tapi tak sangka pulak kami boleh alergik dengan si comel ni... Mujurlah dalam keluarga ada si bakal doktor, Nabila. Kalau tak sampai hari ini pun aku salahkan resdung juga. Haiyaa!~
PS : Tiba-tiba teringat baby buntut yang aku jaga sejak dua tahun lalu. Patutla muka aku pun dah ok je selepas ketiadaan baby buntut. Walaupun ada hikmahnya kat situ, tapi aku tetap rindu kat babyku T___T