Dah langgar kemudian lari.
Percaya tak kalau Fara kata baru balik dari Balai Polis?
Tadi kira-kira Jam 9.50pm kereta yang dipandu En.A telah dilanggar lari.
Masa tu En.A nak hantar Fara pulang...
Situasi dia lebih kurang macam ni...
Sila abaikan lukisan yang buruk. hehe
Ketika di simpang tiga berhampiran rumah Fara, kelihatan sebuah kereta merah yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India bersama isteri dan anak dia.
Jalan tu memang sempit sedikit dan gelap...
Jadi En.A pun berhenti dan bagi laluan kat kereta merah tu...
Tapi apa yang En.A dapat?
Kereta bercalar dan remuk di bahagian hadapan sebelah kanan!
Kereta merah tu ambil side terlalu banyak masa membelok sampai melanggar kereta silver En.A...
Yang TERUK sangat tu, kereta merah itu terus menggesel kereta En.A dan tak nak reverse langsung!
Wajah isteri dan anak dia pun dah terkejut beruk!
Apatah lagi Fara & En.A kan...
Kemudian tanpa rasa bersalah dia terus cabut lari...
Dalam keadaan yang terkejut sangat, Fara sempat ambil nombor plat dia.
Dan kami terus buat report polis...
Yang hampeh tu, nombor plat tu keluar nama pemilik seorang gadis melayu...
Sekarang polis tengah cuba nak tracking balik kereta tu dan empunya sebenar...
Hopefully dapat la tangkap pemandu yang kurang ajar tu!!!!
Labels: accident
OLD | NEW