Berhati-hari di Jalanraya!
Peristiwa ini berlaku minggu lepas.
Seharian di hantar melakukan tugas
di Shah Alam bersama beberapa staf lain.
Dalam pukul 6 baru sampai ofis sebab jam terok T__T
Kemudian dari ofis baru berangkat ke rumah masingmasing.
Macam biasa Fara akan melalui kawasan kilang yang agak sunyi.
Bila sampai je satu simpang, ternampak seorang budak terjatuh dari motor.
Akibat bawak motor terlalu laju dan tak sempat break dekat bumper.
Pemandu motor tu memegang kaki seperti kesakitan dan tak mampu nak bangun.
Dalam otak asyik berfikir,
Nak berhenti ke tak? Nak berhenti ke tak?
Apabila Fara lihat ada kereta berdekatan yang datang membantu budak itu.
Fara terus berlalu pergi.
Bunyi macam 'selfish' sungguh kan!
Tapi memikirkan keadaan sekeliling yang sangat sunyi.
Dan Fara sorangsorang je masa tu.
Sungguh Fara tak berani pun nak berhenti.
Korang rasa betulkah tindakan Fara ni?
a) Patutnya Fara tolong budak tu. Cian dia.
b) Jangan berhenti. Bahaya! Dah la sorangsorang je.
c) Takpe kot. Lagipun dah ada orang tolong kan.
d) ApaApa je lah Fara oi...
Di kesempatan ini juga, Fara ingin mengucapkan,
SALAM MAAL HIJRAH KAWANKAWAN!
BERHATIHATI DI JALANRAYA TAW!
Labels: accident, greeting
Tragedi October
Sampai je rumah terus berlari ke tandas.
Kotoran yang terkena dekat jeans kegemaran kena cepatcepat basuh.
Kalau tak nanti susah nak hilangkan.
SABUN PENCUCI : Percaya merah jambu. Lupakan kotoran.
Eh. Eh. Kenapa bunyi macam promoter Vanish pulak. Adoi.
Keluarkan baldi dan isi dengan air sabun vanish. Pasti berkesan :P
Terus sumbat jeans kegemaran dan biar untuk direndam.
Sementara tu bolehlah rehatrehat kejap.
Selepas sejam berlalu, tibatiba baru terasa sunyi betul.
PERASAAN MACAM ADA YANG TAK KENA JE....
Ok. Ini bukan sunyi yang emosi dan konflik dalaman tu.
Tapi sunyi sebab tak ada bunyi apa-apa pun.
Selalunya dah meraung-raung suara Rihanna minta diangkat.
Baru tersedar tak nampak kelibat handphone dari tadi.
AIKK. MANA HANDPHONE KESAYANGAN??
Mula lah pencarian segenap ruang.
Atas meja. Bawah meja. Tepi Meja. TAK ADA.
Dalam handbeg. Dalam laci. Dalam almari.
Intai bawah katil pun TAK ADA!!!! AIKKK!!!
DOA BILA BARANG HILANG : Tarik nafas dalamdalam. Baca doa ini supaya diberikan ilham.
Tibatiba teringat...
TAKKANLAH DEKAT....
Terus berlari ke bilik air.
Cepat-cepat keluarkan jeans kesayangan...
Elok je terletak dalam poket jeans sebelah kanan...
Tapi Arwah tak sempat diselamatkan.
Beliau mati lemas di tempat kejadian T___T
Labels: accident
Dah langgar kemudian lari.
Percaya tak kalau Fara kata baru balik dari Balai Polis?
Tadi kira-kira Jam 9.50pm kereta yang dipandu En.A telah dilanggar lari.
Masa tu En.A nak hantar Fara pulang...
Situasi dia lebih kurang macam ni...
Sila abaikan lukisan yang buruk. hehe
Ketika di simpang tiga berhampiran rumah Fara, kelihatan sebuah kereta merah yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India bersama isteri dan anak dia.
Jalan tu memang sempit sedikit dan gelap...
Jadi En.A pun berhenti dan bagi laluan kat kereta merah tu...
Tapi apa yang En.A dapat?
Kereta bercalar dan remuk di bahagian hadapan sebelah kanan!
Kereta merah tu ambil side terlalu banyak masa membelok sampai melanggar kereta silver En.A...
Yang TERUK sangat tu, kereta merah itu terus menggesel kereta En.A dan tak nak reverse langsung!
Wajah isteri dan anak dia pun dah terkejut beruk!
Apatah lagi Fara & En.A kan...
Kemudian tanpa rasa bersalah dia terus cabut lari...
Dalam keadaan yang terkejut sangat, Fara sempat ambil nombor plat dia.
Dan kami terus buat report polis...
Yang hampeh tu, nombor plat tu keluar nama pemilik seorang gadis melayu...
Sekarang polis tengah cuba nak tracking balik kereta tu dan empunya sebenar...
Hopefully dapat la tangkap pemandu yang kurang ajar tu!!!!
Labels: accident
OLD