The Assignment
Hari Jumaat lalu aku dimaklumkan bahawa Bos akan ke Filipina untuk 2 minggu.
Hati dah melonjak kegembiraan! Rasa nak buat tarian Chicken Little pon ada!
Masa bos tak ada la heaven kan. Boleh surf internet sampai mata lebam. eheh.
Tangan tu laju je nak list aktiviti yang bakal dijalankan bila bos tak ada ;
- Blogging
- Main Facebook
- Main Farmville
- Main Cafe World
- Rileks-rileks + berangan. huhu :P
- window shopping ( usha baju-baju online)
- _______________________
Baru nak tambah list bila....
Tiba-tiba bos menjenguk,
Bos : Minggu depan saya tak ada. Saya pergi Manila.
Aku mengangguk-angguk saja. Buat-buat muka serius padahal sangat sukeee!!!
Bos : Saya nak awak baca tentang percukaian. Nanti saya balik, awak buat presentation tentang apa yang awak paham. Ok?
Aku : OH TIDAKKKKK!!!! *jerit kuat-kuat. tapi dalam hati je lah*
Rosak plan :((
ps : Terasa macam pelajar semula. Lecturer tak dapat masuk kuliah. Tapi tinggalkan assignment T__T
Labels: wOrkaholic
OLD | NEW