Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Pengakhiran kepada sebuah Permulaan
Sunday, January 2, 2011 | 10:38 AM | 33 comments

Pada 30 Disember 2010,
Ila mengajak Fara singgah jumpa kawan-kawan ofis yang lain sebelum balik.
Bila sampai di tempat yang dituju.
Bilik tu gelap je. AIKKK?
Dah balik kot. Tapi bila semakin hampir boleh nampak bayang-bayang lilin.
APA KEJADAH BERGELAP DENGAN LILIN JE NI??
AROMATERAPI KOTTT.

Bila Fara bukak je pintu...
SUPRISEEEEEEEEEEEEEEE!

Semua orang dah berkumpul dengan kek untuk Fara.
Oh My~
SPEECHLESS!

Tak sangka dengan perkenalan hanya 3 bulan lebih.
Mereka nak juga adakan kejutan untuk Fara
yang bakal meninggalkan tempat kerja itu.
*terharu*

 FARA DAN ILA
Fara sayang Ila jugak

Memang rasa berat sangat nak tinggalkan kawan-kawan ofis.
Tapi setelah berbincang dan tanya pendapat keluarga dan kawan-kawan rapat.
Akhirnya Fara buat keputusan untuk pergi ke tempat kerja baru.
ASYIK TUKAR KERJA JE FARA NI!!! HAIH.
Mungkin rezeki Fara kat tempat lain lagi
Tapi kali ni Fara bertekad tak nak tukar kerja lagi dah.
Ini Azam tahun baru la kiranya :)

SELAMAT TAHUN BARU 2011.
SEMOGA KORANG HAPPY SELALU 
DAN CAPAI SEMUA YANG DIHAJATI.
AMIN :)


Hadiah Pen Parker yang mereka bagi.
Tak tahu macam mana nak balas jasa mereka.
Cuma mampu nak ucap 
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.


Labels:

TUAH atau MALANG?
Friday, November 19, 2010 | 12:05 PM | 14 comments

Sampai saja di Gerai Mak Minah (Bukan nama sebenar)
Yang terletak bersebelahan dengan sebuah taman.
Terus duduk dan order "Megi goreng SATU! Bungkus ye kak."

Hari tu tak ada mood pulak nak makan nasi berlauk.
Sambil tunggu tu, memerhatikan keadaan sekeliling.
Kejap kejap kang belek handphone sebab bosan.

Bila tibatiba je...
Terasa sesuatu jatuh ke atas kepala.
Mula-mula ingatkan air je.
Jadi tangan tu laju je nak sapu.

Malangnya!
Bende tu adalah TAHI BURUNG!

Kebetulan pulak duduk di tempat yang tidak beratap.
Nasib baik pakai tudung hitam T___T

Disebabkan sibuk nak hilangkan kesan kat tudung dengan tisu.
Bila Mak Minah hulurkan bungkusan Megi Goreng, terus pergi macam tu je.
Lupa la pulak nak bayar...

Tapi lepas balik kerja, aku datang balik nak bayar.
Sebab makanan yang haram akan mengelapkan hati kan :)

kredit gambar kpd pemilik


Labels:

TANYA BAIKBAIK DULU. TAK BOLEH KEE??
Thursday, November 11, 2010 | 11:59 AM | 17 comments

credit owner

Aku sedang ligat berborak dengan A bila tibatiba handphone berbunyi.
Di hujung talian, kedengaran suara seorang gadis dengan nada marah.

B : FARA, TOLONG BUKA PINTU!

Eh. Garangnya! Nasib baik tak ada sakit jantung!  o___O
Setelah membuka pintu, B masuk ke pejabat dengan wajah sungul.
Terus meluru ke meja aku.

B : Kenapa you tak buka pintu? I dah tekan loceng 4 kali taw!

Aku : Aikkk. Mana ada bunyi loceng pun! *mukainosencomelcomel*

Aku malasmalas nak layan.
Tapi B tetap menjeling tajam ke arah aku.
Dalam perjalanan ke tandas pun B sempat menjeling aku lagi.
Haish. Nampaknya aku tak boleh biarkan je ni. Aku pun panggil A.

Aku : A!!!!!!!!!!!!!!!! You dengar tak bunyi loceng tadi? 
Tak ada kan??

A : Tak ada laaa!!!!

B : I dah tekan 4 kali loceng tu...

A : You tekan butang bulat atau empat segi??

B : Bulat la.

A : Aiyoooo!!! Tekan butang empat segi lorrr~

SALAH TEKAN RUPENYEE!!!
TAK PASALPASAL NAK SALAHKAN AKU PULAK.
MENTANGMENTANGLA MEJA AKU PALING DEKAT DENGAN PINTU T___T

Labels:

(NotaUtkDiri) PEREMPUAN! JANGAN KAU PERGI BENGKEL SORANG SORANG LAGI!
Wednesday, October 6, 2010 | 10:30 AM | 18 comments

Dah lebih 4 tahun aku bersama si kancil.
Baru sekarang nak tukar timing belt.
Sepatutnya bila meter dah capai 60,000km dah patut tukar dah.
Tapi ni dah 80,000km dah. Itu pun lepas dah kena ingat banyakkk kali dengan Encik Bambam.

Getah kat roda tu lah timing belt ye murid-murid.
guna nada cikgu masa tunjuk gambar usus perut dalam kelas biolgy.

Bawak JANGAN sampai lebih 60km/h kata Encik Bambam. Ok! Ingat tu!
Jadi kancil aku berjalan ayuslowslowsopansopan macam tuannya.
Tapi bila dah lewat nak pergi kerja, bawak laju sikit je sampai 80km/h je.
Eh eh boleh percaya ke? hehe~

Kononnya tak nak susahkan Encik Bambam jadi pergi hantar sendiri.
Bengkel tu dekat dengan ofis. Apek tu kata dalam pukul 4 baru siap.
Padahal jam baru pukul 2 jadi balik ofis sekejap siapkan kerja sikit.
Bila bos pergi meeting, curik-curik keluar tengok kereta.
Harap-harap bos tak baca blog ni. huhu~

Sampai saja semua peralatan timing belt semua dah dibuka.
Tiba-tiba Apek tu cakap,
"Ini timing belt kena caj RM250 sebab enjin kereta U macam enjin kereta kenari. Sebab tu mahal sikit lor."

EH EH. IKUT SUKA HATI DIA JE NAK CAJ MAHAL-MAHAL.
NAK KETUK AKU LER TU!!!!


Tapi dalam hati je lah. Dekat Apek tu cakap lembutlembutsopansantun.
"Saya tak nak lah kalau macam tu"

Kemudian Apek itu pun pasang balik semua bahagian timing belt tu.
Tak sempat Apek tu nak siap, si Amoi pulak datang...
"Ini kena caj servis!"

MASA NI HATI DAH MENGELEGAK. PANAS!
KALAU GUNA AIR TU BUAT KOPI PANAS-PANAS SAMBIL KELUAR ASAP PUN SEDAP!



Tarik nafas panjang-panjang. Dengan muka maintain inosencomelcomelsaja cakap,
"Kenapa I kena bayar. U tak tukar apa-apa pun."

Amoi : Sebab dia (Apek) sudah buka dan pasang balik semua tu

Aku : Tapi U dah janji dengan I bagi RM180 je. Lepas tu U yang tukar RM250. Timing belt Kereta Kelisa pun tak sampai RM200.

Amoi itu terdiam. Tapi tetap mahu aku membayar 'caj servis'.

Aku : U patut nego harga dengan I dulu sebelum buka semua ni kalau nak tukar harga kan.

Bila Apek siap pasang semua dan memasang enjin kereta.
Aku terus masuk kereta dan pergi dari situ.

Labels:

Bila harga barang & minyak naik. Takkan nak pergi kerja naik basikal?
Friday, August 6, 2010 | 9:28 AM | 16 comments

Dari awal tahun lagi,
Aku ada dengar khabar-khabar angin yang membuatkan aku tensen. Sangat2!
Kononnya harga minyak bakal naik lagi.
Sebagai seorang pekerja yang berulang-alik dari Kajang - KL Sentral setiap hari.
Memang sesak jiwa raga aku mendengarnya.

Tak sanggup rasanya nak menghadapi hari-hari susah seksa merana seperti masa harga minyak naik suatu ketika dulu.
Terpaksa bersesak dalam tren komuter setiap hari.
Kalau nak tahu perasaan jadi ikan sardin, kau cuba naik tren masa zaman tu.
Sampai kalau terbau sesuatu, kau terpaksa pasrah je.
Jadi aku nekad mencari kerja baru.

Tup tup~
Baru 2 hari bekerja di tempat baru, aku mendapat berita tentang kenaikan harga minyak dan barang sekali.
Tapi aku dah mampu rileks dan tersenyum puas sebab tempat kerja baru cuma 10 minit je dari rumah.

Aku rancang kalau tak dapat berjimat juga, aku pinjam basikal Arwah Atok je lah pergi kerja :P


Labels:

The Assignment
Monday, August 2, 2010 | 11:12 AM | 9 comments

Hari Jumaat lalu aku dimaklumkan bahawa Bos akan ke Filipina untuk 2 minggu.
Hati dah melonjak kegembiraan! Rasa nak buat tarian Chicken Little pon ada!
Masa bos tak ada la heaven kan. Boleh surf internet sampai mata lebam. eheh.

Tangan tu laju je nak list aktiviti yang bakal dijalankan bila bos tak ada ;

- Blogging
- Main Facebook
- Main Farmville
- Main Cafe World
- Rileks-rileks + berangan. huhu :P
- window shopping ( usha baju-baju online)
- _______________________

Baru nak tambah list bila....
Tiba-tiba bos menjenguk,

Bos : Minggu depan saya tak ada. Saya pergi Manila.

Aku mengangguk-angguk saja. Buat-buat muka serius padahal sangat sukeee!!!

Bos : Saya nak awak baca tentang percukaian. Nanti saya balik, awak buat presentation tentang apa yang awak paham. Ok?

Aku : OH TIDAKKKKK!!!! *jerit kuat-kuat. tapi dalam hati je lah*

Rosak plan :((

ps : Terasa macam pelajar semula. Lecturer tak dapat masuk kuliah. Tapi tinggalkan assignment T__T

Labels:

Football Fever
Tuesday, July 20, 2010 | 2:59 PM | 12 comments

Semalam aku tengah kusyuk buat kerja.
Mata asyik melirik ke jam. Tak sabar nak tunggu masa pulang.
Ini merupakan hari ke-3 di tempat kerja baru.

Tiba-tiba terdengar bunyi berlari-lari di tingkat atas.
Mula-mula macam seorang kemudian macam sekumpulan kaki berlari berebut sesuatu.
Kemudian adegan berlari-lari bermula lagi.

Kerja ditinggal kejap sebab tersentap dengar bunyi macam tu.
Bila fikir-fikir balik, aku berada di tingkat paling atas di bangunan itu.
Macam-macam benda bermain kat kepala otak masa tu.
Takkan hantu kot?
Takkan serial killer kot ? <-- tiba2 tringat kat fina! haha :P

Kebetulan pula, seorang rakan ofis masuk.
Bunyi berlari itu masih berterusan malah makin kuat.
Sambil tersenyum, rakan tu cakap...

"Tikus je tu!"

Hopefully takde lah yang rajin nak jenguk aku kat bawah ni kan! Geli kot!

 goleckchen

Dah bunyi macam tikus main bola je kat atas tu. 
Agaknya tak puas hati FIFA 2010 dah habis kot. Huhu~

Labels:

Never Say Goodbye
Thursday, July 15, 2010 | 12:39 AM | 4 comments

 
A company is more than just a workplace.
It is the people that give it a soul.

Hari ini merupakan hari-hari terakhir aku di W.
Perkara yang aku paling susah nak lupakan tentang W adalah kawan-kawan.

W merupakan tempat kerja pertama aku setelah bergraduat.
Tapi mereka telah menerima aku dengan tangan terbuka.
Walaupun sibuk dengan deadline kerja masing-masing
tapi sempat tolong-menolong sesama kawan.
Saling menyokong antara satu sama lain. Tak pernah sekali pun kami bergaduh.
Siapa kata kat tempat kerja tak boleh jumpa kawan sejati?

Sebab aku percaya,
Kalau kau baik dengan orang tu. Orang tu akan baik dengan kau balik.
Tapi mungkin juga aku belum pernah lagi jumpa kawan yang jenis sebaliknya.
Dan aku bersyukur untuk itu.


Kawan-kawan aku ni sungguh licik.
Tak sangka dalam diam mereka telah merancang macam-macam sebelum pemergian aku.
Semalam mereka berpakat belanja aku ramai-ramai di Chili Ekspresso.
Dan hari ni aku dikejutkan dengan hadiah yang sangat istimewa.

Rantai emas putih dari Poh Kong + Tudung Syria.

Aku memang terharu sangat dapat rantai tu.
First time ever, kenalan bernama sahabat bagi aku hadiah yang begitu mahal.
Mereka berpakat satu department dan belikan untuk aku.
And guess what? ini tudung syria pertama yang aku miliki. 

Kalau boleh, aku tak nak wish goodbye.
Sebab aku harap dapat jumpa mereka lagi!

Labels:


OLD
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |