Buah hati pengarang jantung
Semalam ada seorang gadis ni kan bajet pandai masak sangattt.
Dah siap beli semua bahan-bahan untuk buat ayam masak merah.
Kononnya nak bagi suprise kat buah hati.
Memang suprise sangatttt buah hati nya malam tu.
Sebab terpaksa makan ayam masak merah yang tak rupa ayam masak merah.
Nasib baik tak kena sakit jantung :P
Si gadis akui yang masakan dia memang tak sedap langsung.
Sendiri nak telan pun susah. haha.
Tapi tak sekali pun keluar dari mulut buah hatinya perkataan "Tak sedap!"
Malah dalam sekelip mata sahaja dihabiskan oleh buah hatinya.
Siap cakap,
"Boleh je makan lagi nih."
Si gadis jadi terharu malah terfikir,
agaknya kalau orang lain mesti dah sembur balik ayam tu. huhu~
Labels: masak-masak
OLD | NEW