Binatang apa yang ada 2 kepala dan 3 kaki?
Hari itu singgah kejap dekat Kedai Apek.
Untuk beli barang keperluan memasak.
Masak untuk diri sendiri je jadi tak perlu la nak beli banyak-banyak.
Beli Ayam separuh pun dah cukup untuk tahan seminggu.
Sampai di rumah terus tuka baju dan plan nak masak terus.
Ayam separuh tu dikeluarkan untuk basuh dan buang apa-apa yang patut.
Kemudian baru perasan...
Apek tu bagi 2 kepala ayam dan 3 kaki.
Apakah makhluk yang Fara dah beli ni?
ERK! o___O
PS : Apek bukan Cina taw!
Tapi sebab matenye sepet jadik Fara panggil die Apek. hehe ;P
Labels: masak-masak
Buah hati pengarang jantung
Semalam ada seorang gadis ni kan bajet pandai masak sangattt.
Dah siap beli semua bahan-bahan untuk buat ayam masak merah.
Kononnya nak bagi suprise kat buah hati.
Memang suprise sangatttt buah hati nya malam tu.
Sebab terpaksa makan ayam masak merah yang tak rupa ayam masak merah.
Nasib baik tak kena sakit jantung :P
Si gadis akui yang masakan dia memang tak sedap langsung.
Sendiri nak telan pun susah. haha.
Tapi tak sekali pun keluar dari mulut buah hatinya perkataan "Tak sedap!"
Malah dalam sekelip mata sahaja dihabiskan oleh buah hatinya.
Siap cakap,
"Boleh je makan lagi nih."
Si gadis jadi terharu malah terfikir,
agaknya kalau orang lain mesti dah sembur balik ayam tu. huhu~
Labels: masak-masak
Main masak-masak
Hari ni tiba-tiba rajin pulak nak buat cupcake sendiri.
Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat cupcakes.
Bahan-bahan semua beli dekat Yummies, Bandar Baru Bangi
Campurkan Telur, Susu Segar, Tepung khas untuk cupcake, dan sedikit vanilla essence. Gaulkan sampai adunan jadi rata...
Kemudian masukkan adunan tu dalam cup macam ni
Cuma pastikan jangan letak penuh sebab nanti adunan tu akan kembang sendiri bila masuk dalam oven.
Kalau tak nanti adunan tu akan melimpah keluar dari cup tu :)
Dah selesai, masukkan ke dalam oven...
Hasilnya ia akan kelihatan macam ni..
Toppings icing dan fondan tu dihias oleh Housemate Fara selaku tester eksperimen kali ni. hehe
Ok. Dah siap. Jom ngappp!!! ;)
Labels: masak-masak
OLD