My Favourite Gigi Susu
Bila dah sampai masa, setiap orang mesti kehilangan gigi susu.
Kali pertama gigi susu aku tercabut, mama dah pesan awal-awal lagi kena tanam baik-baik kat belakang rumah.
Tapi disebabkan masa tu aku banyak melihat kartun-kartun luar negara.
Jadi aku sedikit terpengaruh dengan kepercayaan mereka.
Mereka percaya bahawa tooth fairy akan datang mengambil gigi susu yang ditinggalkan bawah bantal semasa tidur.
Kemudian digantikan dengan duit satu dollar.
Aku cakap dengan Mama nak test untuk satu malam saja.
Nanti bolehlah dapat satu dollar kononnya.Kecil-kecil lagi dah mata duitan :P
Sebelum tidur check banyak-bayak kali gigi tu ada lagi tak.
Takut kalau hilang tak dapatlah duit tu nanti. Oh innocent kan aku! haha~
Bila bangun pagi, gigi tu ada je lagi. Memang kecewa betul.
Mama gelak sahaja. Akhirnya tanam belakang rumah juga.
Hari ini aku nak perkenalkan korang dengan dua gigi susu kegemaran aku.
Yang gemuk sikit tu nama Lardee dan yang si kurus namanya Ickle.
masa dapat katil baru. berebut tingkat atas sekali. kalau aku, berebut tingkat bawah dengan adik sebab takut duduk atas tu. takut ada momok :P
main teng-teng. oh rindunya main ni masa kanak-kanak :)
jadi superhero la kononnya. lepas tu masuk wad icu. huhu
adik-adik jangan cuba ni di rumah ye.
masak-masak buat kuih raya. aik, awalnya buat kuih raya. baru hari ketiga puasa ni. hehe
sangat comel kan...
sementara busan-busan tunggu nak buka puasa tu...
Jom singgah baca komik blog di
MY MILK TOOF
memang best sangat tau! :)
credit pictures from MY MILK TOOFLabels: random
OLD | NEW