Apa istimewanya jari manis?
Entri kali ni Fara tujukan khas kepada bakal-bakal isteri dan yang sudah pun bergelar isteri :)
Mesti ramai yang tertanya apa rahsia jari manis?
Jom try permainan ni.
*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung.
Aneh kan!!! …
Sebab jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.
Sangat menarik kan!!!!
Sekadar ingin berkongsi.
Labels: random
Rita Rudaini & Aidil Zafuan
Pada 1/1/11 Fara bawa adik-adik ke One Utama, Damansara.
Kononnya nak belanja lunch sempena Tahun Baru.
Kebetulan pulak kami terserempak dengan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.
Mula-mula hanya nampak Aidil Zafuan tengah main dengan anak sulong mereka.
Tengah mencari-cari kelibat Rita Rudaini.
Rupanya Rita Rudaini berdiri tak jauh di belakang suami dan anak
sambil tersenyum melihat kami.
Terus segan dan lari jauh-jauh.
Dah lari jauh-jauh baru teringat.
Tak ambil gambar pun dengan Rita sekeluarga!
=__=
Bila ajak patah balik untuk tangkap gambar.
Wawa dengan selambernya cakap,
"Tak payahla. Aku tengok ko dengan Rita tu jauh panggang dari api.
Karang konpemlaaa kau nampak buruk bergambar sebelah dia"
OK FINE. SEDAR DIRI T__T
(Dari kiri) Aidil Zafuan, Rita Rudaini dan Airit Rayyan Rizqin
Suka tengok Rita sekeluarga.
Sebuah keluarga yang bahagia.
SEMOGA MEREKA KEKAL BAHAGIA BERSAMA SAMPAI BILA-BILA.
Jom kita doakan mereka sama-sama k! :)
PS : Rita Rudaini nampak sangat berseri-seri sebab tengah mengandung anak kedua :)
Labels: random
Jin suka culik orang yang tidur petang!
"Jangan tidur petang. Tak elok"
Macam biasa, pantang je dengar perkataan JANGAN!
Mesti rasa nak buat jugak.
Lepas tu bila bangun dengan kepala sakit dan berdenyut-denyut.
Baru nak menyendeng dengan Mama minta diurut.
Sambil pasrah bila dengar Mama membebel
"Kan Mama dah cakap. Tak nak dengar!"
Tapi tangan tak berhenti juga urut anak dia.
Itu lah Mama :)
Jadi bila dah besar ni jarang nak tidur petang lagi.
Tapi hari tu disebabkan makan ubat jadi tak sedar langsung.
Terjaga pun bila dengar bunyi henpon menjerit-jerit minta diangkat
Tak sempat nak cakap Helo! Orang hujung sana dah cakap dulu,
"BANGUN! BANGUN! TAK ELOK TIDO PETANG!"
Suara Encik A.
Bila cakap nak jugak sambong tido sebab sangat penat T__T
Encik A jawab,
"Jin suka culik orang yang tidur petang"
Dengar Jin, terus tak jadi sambung tido balek ;P
Labels: random
Ragam di Majlis Kahwin
Apa yang paling best dengan bulan November?
Masa ni lah jadual hujung minggu akan dipenuhi
dengan Jemputan Kahwin.
Macam-macam ragam yang boleh kita jumpa di sana.
RAGAM 1
Masa ni jugak lah kadangkadang baru nak kenal sedara.
Bila Mama dah penat layan anak dara dia asyik tanya siapa tu? yang tu pulak? yang tu?
Mama cakap "TU LAH. MAMA AJAK BERAYA HARI TU TAK NAK IKUT. NI SEDARA SENDIRI PUN TAK KENAL."
Hambek kau! Kan dah kene T__T
RAGAM 2
Kalau pergi Majlis Kahwin kena lah pandaipandai ringankan tulang.
Sambil tangan tu tolong bungkus doorgift, mestilah beramah mesra dengan MakCik/Kakak yg duduk sebelah.
Sempat jugaklah nak korek gossipgossip hangat yang terbaru kan.
Bila tibatiba kena tarik dengan Sepupu.
"MakCik tu berkenan nak jodohkan kau dengan anak dia."
Aikkk. Sempat lagi MakCik ni cari jodoh untuk anak dia.
Selalu je jadi macam ni.
Majlis Kahwin bukan saja tempat untuk menyatukan pasangan.
Malah mencari pasangan pun boleh.
SABAR JELAHHH! :')
RAGAM 3
Yang ni paling best!
Bila kompang dah bunyi tanda Pengantin Lelaki mula berarak ke rumah Pengantin Perempuan.
Budakbudak (kadangkala yang dewasa pun sama!) akan berkumpul depan pintu.
Pihak Pengantin Lelaki kena bayar cukai pintu sebelum masuk.
SELAGI TAK DAPAT DUIT. JANGAN BERGANJAK DARI TEMPAT MASING2! ;P
Ada juga Adegan Berbalas Pantun antara Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan.
Adat Melayu kita sangat menarik kan! :)
Hmm. Apa lagi ekkk?? Tak ada idea dahhh~
Meh la kongsi pengalaman korang pulak hehe
Labels: random
DEAR DIARY,
Dulu aku pernah ada diari.
Diari aku berwarna merah jambu.
Aku mula simpan diari ni ketika sekolah lagi.
DIARI PINK : girly-girly punya diari. bukan geligeli taw! ;)
Itulah tempat aku mengadu. Tempat aku meluah rasa.
Tempat nak happyhappy. Tempat nak sedihsedih.
Tempat nak marahmarah.
Bila terlalu marah, pukulpukul diari sampai puashati.
Tak pasalpasal diari jadi mangsa kekejaman pula. Haiyaa!
Selepas tulis, aku simpan baik-baik di tempat RAHSIA.
Nama pun rahsia. TAK BOLEH BERITAHU KORANG! WEKK! WEKK! :P
Sehinggalah...
Ketika itu aku pulang ke rumah untuk Cuti Semester di Universiti.
Macam biasa tengah rilek-rilek sambil baringbaring depan tv...
Bila tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang buku berwarna merah jambu di situ.
APA KEJADAHNYA DIARI AKU KAT SINIII??
Toleh KIRI. KANAN. ATAS. BAWAH.
Pastikan line clear dan terus sambar diari tu masuk bilik.
Mission seterusnya : Mencari Adik!
Aku : Mama dan Papa ada baca tak buku ni?
Adik : SEMUA DAH BACA!
Aku : OMG!
Tampar-tampar muka. Cubit-cubit peha.
Berharap semoga semuanya mimpi. BANGUNLAH CEPATTT!!! T___T
.
.
.
.
.
Malangnya semuanya memang realiti...
TOBAT TAKNAK ADA DIARI DAH LEPAS TU!!!
Labels: random
Kantoi tak puasa!
Pada minggu-minggu lepas, aku paksa diri bangun sahur.
Sambil mengosok mata yang masih mengantuk.
Aku berjalan keluar ke arah dapur.
Rasa macam jauh sangat nak sampai ke dapur. Padahal depan bilik je :P
Aku paksa diri makan murtabak yang dibeli masa berbuka tadi.
Tapi aku dapat habiskan sikit je.
Aku memang macam ni. Tak pernah ada selera makan untuk sahur.
Lagi-lagi bila baru bangun tidur.
Cukupla sebagai syarat untuk sahur. Dapat pahala juga kan.
Bakinya aku tinggalkan atas meja dan sambong tidur.
 |
| sedapnye murtabak. ngahaha. dapat dari sini |
Esoknya bila pergi kerja,
aku perasan murtabak terletak elok je lagi kat tempat asal.
Tapi yang peliknya, bila aku balik dari kerja, murtabak aku dah habis licin.
Cuma tinggal kertas bungkusan tu saja.
Takkan housemate aku tak puasa kot? Semalam elok je sahur dengan aku.
Kejadian ni berulang hampir seminggu.
Walaupun menu berubah setiap hari tapi mesti habis licin dimakan juga.
Pelik aku. Padahal dalam rumah tu tinggal aku dan housemate aku je.
Aku nekad nak tangkap budak yang tak puasa tu.
Kebetulan pulak, aku mendapat cuti pada Hari Nuzul Al-Quran.
Sebagai pegawai di sektor kerajaan, housmate aku keluar awal macam biasa.
Maklumlah Wilayah mana dapat cuti. Hanya Selangor je.
Aku duduk diam je dalam bilik sampai tertidur.
Bila tiba-tiba kau terdengar macam ada bunyi pergerakan di dapur.
Aku cuba mengintai dari bilik. Memang sah bunyi tu datang dari dapur.
Housemate aku dah balik ke? Baru pukul 1.00pm ni.
Aku pun terus bukak pintu dan sergah "Oit. Tak puasa ek!!!"
Lembaga berbulu putih itu terkejut melihat aku dan terus berlari keluar tingkap.
Rupanya Si Gemok. Kucing jiran sebelah. Cehhh.
Labels: random
Copycats are CHILDISH.
cop•y•cat
means a person or thing that copies, imitates, mimics, or follows the lead of another, as a CHILD who says or does exactly the same as another.
ps : I guess it proves that u are a child. HAHA :D
^_______________^V
Labels: random
My Favourite Gigi Susu
Bila dah sampai masa, setiap orang mesti kehilangan gigi susu.
Kali pertama gigi susu aku tercabut, mama dah pesan awal-awal lagi kena tanam baik-baik kat belakang rumah.
Tapi disebabkan masa tu aku banyak melihat kartun-kartun luar negara.
Jadi aku sedikit terpengaruh dengan kepercayaan mereka.
Mereka percaya bahawa tooth fairy akan datang mengambil gigi susu yang ditinggalkan bawah bantal semasa tidur.
Kemudian digantikan dengan duit satu dollar.
Aku cakap dengan Mama nak test untuk satu malam saja.
Nanti bolehlah dapat satu dollar kononnya.Kecil-kecil lagi dah mata duitan :P
Sebelum tidur check banyak-bayak kali gigi tu ada lagi tak.
Takut kalau hilang tak dapatlah duit tu nanti. Oh innocent kan aku! haha~
Bila bangun pagi, gigi tu ada je lagi. Memang kecewa betul.
Mama gelak sahaja. Akhirnya tanam belakang rumah juga.
Hari ini aku nak perkenalkan korang dengan dua gigi susu kegemaran aku.
Yang gemuk sikit tu nama Lardee dan yang si kurus namanya Ickle.
masa dapat katil baru. berebut tingkat atas sekali. kalau aku, berebut tingkat bawah dengan adik sebab takut duduk atas tu. takut ada momok :P
main teng-teng. oh rindunya main ni masa kanak-kanak :)
jadi superhero la kononnya. lepas tu masuk wad icu. huhu
adik-adik jangan cuba ni di rumah ye.
masak-masak buat kuih raya. aik, awalnya buat kuih raya. baru hari ketiga puasa ni. hehe
sangat comel kan...
sementara busan-busan tunggu nak buka puasa tu...
Jom singgah baca komik blog di
MY MILK TOOF
memang best sangat tau! :)
credit pictures from MY MILK TOOFLabels: random
Rakyat Malaysia prihatin
Dulu masa aku kecil aku hanya fikir yang muka melayu tu islam.
Yang muka sepet seperti cina itu buddha.
dan yang berkulit gelap seperti india itu hindu.
padahal bila dah makin dewasa, baru aku tahu bahawa fakta tu tak betul.
contoh terdekat adalah marsha. kalau dia bukan artis aku rasa mesti ramai yang fikir dia orang melayu beragama islam. padahal tidak.
ni lah Marsha.
Nampak macam melayu tulen je kan?
Tapi entri kali ni bukan pasal marsha.
entri kali ni pasal kawan aku yang ada rupa marsha.
Namanya Tasa. (ewah. kembang kejap tasa kalau baca ni!)
kawan aku ni memang rupa je melayu padahal dia berketurunan iban dari sarawak bukan beragama islam.
setiap kali dia pergi makan di tempat public ketika bulan puasa.
mula lah dia mendapat pandangan dan jelingan dari orang awam.
ada sekali ni dia siap ditegur lagi.
nampak tak bertapa prihatinnya rakyat malaysia kita.
baguslah tu tapi kan lebih baik kalau kita buka hati dan buka minda dari berfikiran buruk tentang orang sebelum memalukan diri sendiri.
kesimpulannya janganlah jadi orang yang kolot sangat.
dan lebih berfikiran terbuka.
banyak je perkahwinan campur sekarang.
jadi wajah tidak melambangkan bangsa!
fikir dulu sebelum menuduh tak tentu pasal. :)
Labels: random
Minuman beralkohol ke ni?
Kisah ini diceritakan oleh lecturer aku, Mr. M....
Mr.M berumur dalam lingkungan lewat 40-an keluar membeli-belah barangan dapur di Supermarket bersama isterinya.
Satu kemestian untuk Mr.M beli air kegemarannya.
Air tu wajib beli setiap kali ke sana.
Sampai kan hampir 10 botol di masukkan dalam troli.
Sebab anak-anak Mr. M pon suka juga.
Tiba-tiba seorang nenek menghampiri mereka...
Nenek : Astaufirullahalazim... Cu, janganlah minum air macam ni... Kite sebagai orang Islam mana minum air ni.... air ni haram...
Isteri Mr.M : Awak la ni. suka sangat air ni... *dah malu*
So Mr.M pun tak jadi nak beli air tu...
Mesti korang tertanya kan apa air tu?
.
.
.
.
.
.
.
Sparkling water~
Nampak tu. 100% sparkling juice. Ini non-alcoholic ye kengkawan.
Mr.M tahu fakta ni tapi sebab dia menghormati nenek tu. Dia diam sahaja.
Takkan nak sound nenek tu balik pulak kan?
Labels: random
Sharing is caring
Pssst! Ada rahsia nak kongsi ni...
Fara tengah
curik-curik berkongsi internet line jiran sebelah...
Ehhh sape kate mencurik... ni bukan curik ah!!!
Sebab dia tak enable pon password untuk dapat access internet.
Tu tandanya...
Jiran aku sangat caring kan? :P
Labels: random
Smoke-addict
Aku paling tak tahan asap rokok.
Kalau ada, mesti nak pergi jauh-jauh dari asap tu...
Kawan aku seorang smoke addict yang teringin nak berhenti merokok.
Tapi bila ditanya, Kenapa tak berhenti saja?
Katanya,
Kerajaan kononnya naikkan harga rokok supaya orang berhenti merokok.
Padahal dorang tahu, orang tetap akan beli juga sebab dah ketagih.
Memang susah nak berhenti merokok.
Kalau betol nak orang berhenti merokok, bagi subsidi dengan mengurangkan harga ubat nikotin untuk membantu perokok berhenti merokok.
Ini tak, ubat tu lagi mahal dari rokok.
Baik terus merokok.
Apa kata anda? :)
Labels: random
OLD