Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Rakyat Malaysia prihatin
Thursday, August 12, 2010 | 5:37 PM | 14 comments

Dulu masa aku kecil aku hanya fikir yang muka melayu tu islam.
Yang muka sepet seperti cina itu buddha.
dan yang berkulit gelap seperti india itu hindu.

padahal bila dah makin dewasa, baru aku tahu bahawa fakta tu tak betul.
contoh terdekat adalah marsha. kalau dia bukan artis aku rasa mesti ramai yang fikir dia orang melayu beragama islam. padahal tidak.


ni lah Marsha.
Nampak macam melayu tulen je kan?

Tapi entri kali ni bukan pasal marsha.
entri kali ni pasal kawan aku yang ada rupa marsha.
Namanya Tasa. (ewah. kembang kejap tasa kalau baca ni!)

kawan aku ni memang rupa je melayu padahal dia berketurunan iban dari sarawak bukan beragama islam.
setiap kali dia pergi makan di tempat public ketika bulan puasa.
mula lah dia mendapat pandangan dan jelingan dari orang awam.
ada sekali ni dia siap ditegur lagi.

nampak tak bertapa prihatinnya rakyat malaysia kita.
baguslah tu tapi kan lebih baik kalau kita buka hati dan buka minda dari berfikiran buruk tentang orang sebelum memalukan diri sendiri.
kesimpulannya janganlah jadi orang yang kolot sangat.
dan lebih berfikiran terbuka.

banyak je perkahwinan campur sekarang.
jadi wajah tidak melambangkan bangsa!
fikir dulu sebelum menuduh tak tentu pasal. :)

Labels:


OLD | NEW
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |