Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Kasut raya
Saturday, September 4, 2010 | 9:58 PM | 13 comments

Ini merupakan pengalaman raya aku semasa aku masih bersekolah.
Maklumlah, sebagai seorang anak yang masih dibiayai Papa dan Mama.
Bukan senang nak dapatkan apa-apa yang kita nak.
Jadi hari raya merupakan waktu terbaik untuk dapatkannya.

Tahun tu aku dah lama nak dapatkan satu jenis kasut itu.
Pastinya sedondon dengan tema warna baju raya tahun tu warna pink juga :)
Dah lama aku jeling-jeling dan renung-renung. Akhirnya jadi milik aku jua.
Punya lah seronok dapat kasut tu sampai kejap-kejap mesti pergi tengok. Takot hilang kot :P

Pagi Syawal tu cepat-cepat bersiap sedia. Tak sabar nak pakai kasut baru!
Macam biasa, bila Papa pulang sahaja dari masjid mestilah sesi beraya dari rumah ke rumah bermula.
Rumah pertama yang wajib dikunjungi adalah rumah Mak Long sebab masakan ketupat dan rendang yang terbaik!
Tapi kami adik beradik suka serbu kuih sarang semut.
Cian Mak Long, kami sampai je habislah kuih sarang semutnya. huhu.

Apabila sampai sahaja di depan rumah Mak Long,
kelihatan sebuah kereta dah sampai dulu.
Aku lihat banyak kasut berselerak di hadapan rumah Mak Long.

Tiba-tiba...
Aku tergamam sebentar melihat sepasang kasut pink yang terletak
elok je kat tepi tangga.
Adek yang perasan terus berkata dengan lantangnya
"EH. MACAM KASUT JAJA LAHHH!!!!"

Terus patah balik dan tukar kasut dalam kereta. Ades.


tak sabar nak jumpa kanak-kanak riang ni masa raya nanti :)

Labels:


OLD | NEW
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |