Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Strawberry Moments
Sunday, December 26, 2010 | 3:22 PM | 32 comments


Buat Pengemar Strawberi mestilah datang ke Strawberry Moments.
Sebab dekat sini ada macam-macam jenis makanan dan air yang berunsurkan strawberi.

Lepas melihat entri tentang Cafe ni dr blog g-m@h.
Fara sekeluarga berpusing-pusing dekat Jalan Rata Cameron.
Semata-mata nak cari tempat ni.
Katanya ada dekat Perak dan Cameron je taw.
Pastilah kami tak mahu ketinggalan :)

credit pic
Famili paling suka kan STRAWBERRY STRUDELS.
Tak sempat ambil gambar sebab sekelip mata dah habis.
Wawa kata macam makan karipap dengan whipped cream dan strawberi.
TAPI LAGIIIIII SEDAP!



Yang ni namanya STRAWBERRY CREPE.
Kali ni mesti tak lupa ambil gambar lagi.
Semua tangan yang laju je nak makan tu kenan babab!
HAIPPP! AMBIL GAMBAR DULU KATA JIBAH.

Lepas tu masing-masing dah bersedia nak serbu ;P
Rasa macam makan lempeng yang sedap kata Adek.
YUMMY!

STRAWBERRY STEAMBOT.
Ada buah strawberi, marshmellow dan buah tomato
yang dicicah dengan coklat panas!
*Pengsan*
SAMBIL MELELH AIR LIUR!

Ada banyak lagi sebenarnya.
AIR ICEBLENDED PALING NAMPAK MENGANCAM!
Tapi sebab suasana sangat sejuk dan hujan rintik-rintik di Cameron.
Lagi-lagi Fara pun baru lepas baik selsema dan batuk
Jadi tak berani nak order.
Menyesal tak sudah T__T

Kalau nak tengok menu lain.
Jenguk ke website Strawberry Moments

Labels:

Camellia Sinensis. Canteknye die!
Wednesday, December 22, 2010 | 12:58 PM | 22 comments


Ini merupakan kali pertama,
Fara sekeluarga sampai ke Cameron Highland.
Sumpah tak tipu!

Konon-konon Percutian Keluargalah.
Padahal Papa ada kursus kat sane. hehe
Yang lain sebok-sebok nak ikut berjalan je ;P

Tempat pertama yang kami singgah mestilah Teh Boh Center.
Tapi disebabkan cuaca yang mendung dan hujan rintik-rintik.
Kebetulan pula hari Isnin tutup pula.
Terpaksalah kami beralih ke Cameron Valley sahaja.



Tiba-tiba rasa nak golek-golek atas lautan teh ni.

Boleh buat aksi Kuch Kuch Hota Hai.
Apa kau ingat ni Drama Hindustan ke! hehe ;P



Seronok melihat lautan daun teh di Cameron Valley.
Lapangkan tangan kononkonon macam nak terbang.
Tapi kalau tak hati-hati memang bakal terbang ke depan.
Sebab tanah sangat licin akibat hujan rintik-rintik masa tu T__T

Sempat main tiup buih-buih. 
Jangan nanti ada yang minum teh berperisa sabun buih pulak!
Ayok tak tahu! ;P

Tahukah anda!
During the Tang Dynasty (AD 618-907), 
the scholar, Lu Yu, wrote in his tea treatise, the Cha Ching (‘Tea Classic’): 
"When feeling hot, depressed, suffering from headache, eye ache, fatigue of the limbs, or pains in the joints, one should drink only tea, four to five times a day."
- BOH website -


Akhir sekali wajib ada gambar bersama keluarga.
Nama pun PERCUTIAN KELUARGA kan :)

Tengok! Tengok! 
Papa pun ikut sekali. AIKKK!

Walaupun Papa ada bengkel.
Tapi macam datang bukan untuk Bengkel pun.
Sebab ambil masa beberapa jam je untuk Meeting.
Dan kemudian Kami Sekeluarga dapatla berpoyapoya ke luar.
^_____^




 
Bersambung...


Labels:

Strawberry Land
Tuesday, December 14, 2010 | 10:29 AM | 15 comments

Bila cuti sekolah je mesti ramai yang dah plan pergi bercuti kan!
Minggu depan Fara dan Family pun dah plan pergi satu tempat ni.
So cepat-cepat pergi mintak Bos approvekan cuti.
Dan semalam secara officialnya cuti dah approve.
Yippeee!!!

Tempat ni sejuk dan ada banyakkk strawberry!
Cuba teka kami nak pergi mane?
Hehe


^_____^


--------------------------------------------------

Tag dar Mimie

Instructions :
Just copy and bold something that tells about yourself.

My personality:
 i’m loud.
•i’m obnoxious.
•i’m sarcastic.
•i’m cocky.
i cry easily.
i have a bad temper.

•for the most part i don’t like people.
i’m easy to get along with. 
•i have more enemies than friends.
•i’ve smoked.
•i’ve smoked weed.
i drink coffee.
i clean my room daily. 

My appearance :
i wear makeup.
•i wear a piece of jewelry at all times.
i wear contacts.
i wear glasses.

•i have braces.
•i change my hair colour often
•i straighten my hair often
i have a piercing 
•i have small feet
.


Relationships:
i’m in a relationship now. 
i’m single.
•i’m crushin’.
•i’m in love.
i’m always scared of being hurt. 
•an ex has physically abused me at least once. 
•i’ve told someone i loved them when i didn’t.
•i’ve told someone i didn’t love them when i did.
•i’ve been in love more than two times.
•i believe in love at first sight.
•i believe lust is more important than love.



Friendships:
• i have a best friend. 
i have at least ten friends.
i’ve gotten a phone call in the last 48 hours from a friend. 
•i’ve beaten up a friend.
•i’ve been in a serious fight with a friend.
i can trust at least five people with my life. 


Experiences :
i’ve been on a plane. 
i’ve been on a train. 
•someone close to me has died.
i’ve taken a taxi.
•i’ve taken a city bus.
•i’ve taken a school bus.
•i’ve gone bungee jumping.
i’ve made a speech.
i’ve been in some sort of club. 
i’ve won an award. 
i’ve spent 24 hours on the computer straight. 
i’ve been in a physical fight 

Music:
• i listen to RnB 
i listen to country. 
•i listen to pop.
i listen to techno.
•i listen to rock. 
i’m one of those people who play songs repeatedly until i hate it. 
•i hate the radio.
•i download music. 
•i buy cd’s. 


Television:
i spend at least six hours a day watching television. 
•i watch soap operas daily.
•i’m in love with days of our lives.
•i’ve seen and liked the o.c.
i’ve seen and liked one tree hill. 
i’ve seen and like americas next top model. 
•i’ve seen and like popular.
•i’ve seen and like 24.
i’ve seen and liked csi. 
•i’ve seen and like everwood.

Family life:
•i get along with both of my parents.
•my biological parents are still together.
•i have at least one brother. 
i have at least one sister. 
•i have at least one step brother/sister.
•i have at least one half brother/sister.
•i’ve been kicked out of the house.
•i’ve ran away from my home.
•i’ve sworn at my parents.
i’ve made my parents cry.
i’ve lied to my parents.
•i’ve lied to my parents about where i am.
•i’ve lied to my parents about what i’m doing.
•i’ve lied to my parents so i’d be allowed out.
•i’ve walked out when i’ve been grounded.
Hair :
• i’ve been brown.
•i’ve had streaks.
•i’ve cut my hair in the past year.
•i’ve dyed my hair in the past year.
•i’ve been blonde.
•i’ve had black. 
•i’ve been red.
•i’ve been light brown.
•i’ve been medium brown.
•i’ve been blue/green.
•i’ve gotten my hair thinned.
i use conditioner.
•i’ve used silk therapy.
•i’ve used hot oil treatments.
•i’ve curled my hair
•i’ve straightened my hair. 
•i’ve ironed my hair. 
i’ve braided my hair.


School:
•i’ve yelled at a teacher.
•i’ve been suspended.
•i’ve had an in-school suspension.
i’ve been sent to the principals office.
•i’ve walked out of class. 
•i’ve skipped an entire day of school. 
•i’ve skipped a whole month of one certain class.
•i’ve failed a test. 
i’ve cheated on a test.
i’ve helped someone else cheat on a test.
•i’ve failed art.
•i’ve failed p.e.
•i’ve failed math.
•i’ve failed science.
•i’ve failed another class.
•a teacher has called my parents.

Tagging :
Anyone who is willing to do it :)


Labels: ,

Sayang Adek!
Sunday, November 28, 2010 | 12:44 AM | 18 comments


Kad Hari Jadi dan Coklat yang diberikan oleh Adek.

Coklat tu sebenarnya Adek dpt Hamper dari Sekolah utk Ketua Darjah Terbaik.
Tapi Adek tak tahu yang kakaknya tahu.

Coklat tu jugalah yang Kakaknya dah makan satu paket dengan Mama masa Adek keluar.
Tapi Adek tak tahu perkara itu.

Tapi kakaknya tetap sangat gembira dapat hadiah itu.
Sebab yang penting hadiah itu datang dari hati.
Membuatkan hadiah itu sangat bermakna bagi kakaknya!

Sangat comelkan Adek!<3

Labels:

KASIH SEORANG ADIK.
Sunday, October 10, 2010 | 1:12 AM | 12 comments



Statement yang dikeluarkan oleh seorang Adek kepada Kakaknya.
Yang telah mengemparkan mukabuku pada 1/10/10.
Dalam diam rupanya Adek mengakui kecantikan kakaknya.
*terharu*



Dan ini adalah 2 orang pengomen yang tak boleh terima kenyataan!
Isk Isk Isk~
Namun Si Kakak tetap tabah menunggu Adeknya membuat pengakuan seterusnya!
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa Adek bakal cakap seterusnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak sabarnya!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi Si Kakak kantoi jua akhirnya.Erk!
Itulah. Orang dulu-dulu pesan, BUAT BAIK SELALU, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI KANTOI!
KAN DAH MALUUUU!!!

Adek tetap tabah mengharungi hari-hari bersama kakaknya itu.
Tiada amukan mahupun kata-kata kesat dikeluarkan.
Dendam kesumat jauh sekali.
Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya ketika itu. BIARKAN.
Tapiiii!!! Adek takkan lupa logout lagi bila kakaknya ada di rumah.
Huhuhu~


Labels:

( Raya ke-6 ) Perpisahan itu!
Thursday, September 16, 2010 | 12:10 AM | 9 comments

Pada 3 jam yang lalu,
Kelihatan seorang gadis berbaju kurung dengan seorang jejaka berlari terkedek-kedek menuju ke Pintu Utama untuk Pelepasan di KLIA.
Si gadis takut kapal terbang itu akan berlepas meninggalkannya tak lama lagi.
Tiba-tiba bunyi telefon bimbit si gadis berbunyi ringtone nokia yang murah. Panggilan dari Mamanya.

Mama : Jaja dah dekat mana? Dah nak berlepas ni.
Gadis  : Dah sampai ni dekat pintu utama. Tungguuuuu!!!!

Dari jauh kelihatan keluarga si gadis sudah menunggu dan sedang melambai-lambai ke arahnya.
Apabila gadis sampai sahaja. Satu lembaga terus meluru ke arahnya dan memeluknya.
Dalam terkejut, si gadis tiba-tiba jadi terharu.
Sebab tubuh itu sangat erat memeluk tubuhnya.

Gadis sempat berbisik sambil menahan sebak,
"Irah, jaga diri baik-baik kat sana ok!"

Apabila pelukan dilepaskan. Gadis perasan mata Papanya juga merah-merah.
Dan Mama sedang menangis teresak-esak terus memeluk Irah lagi.
Kami semua macam dah tak peduli dengan orang sekeliling.
Semuanya macam berat hati nak lihat Irah pergi.

Irah merupakan adik keempat aku yang akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan. Seorang yang tinggi lampai dan kurus.
Punyai ciri-ciri yang disukai Orang Arab.

Apabila menyedari hal itu...
Aku pernah tanya dengan Mama,
"Macam mana kalau Irah terlekat dengan Orang Arab?"
Mama jawab "Hish tak nak lah. Hari tu Mama dah takut-takutkan dia jangan ambil Orang Arab".
Bukan apa, Mama tak nak anaknya terus menetap di sana dan tak pulang-pulang la tu. huhu

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Kau lindungilah adikku dan permudahkan urusannya di sana. Amin.


Irah yang berbaju krim bersama Si Gadis. hehe ^^

Labels:

A.I.D.I.L.F.I.T.R.I
Tuesday, September 14, 2010 | 7:34 PM | 12 comments

Raya aku macam raya kau juga.


Bermaafan di pagi raya


Mengingati yang telah pergi


Makan sampai pengsan!


 Kumpul duit raya. Tapi aku dapat dua je oh. T___T




Tapi yang paling penting,
Dapat meraikan bersama keluarga tersayang!

^_______________^

Labels:

Mama, saya mahu kaftan tuuu!!!
Wednesday, September 8, 2010 | 1:47 AM | 17 comments

Pada pertengahan bulan puasa,
aku ada ikut En.A keluar overnight bersama kawan-kawannya yang terdiri dari Nisa, Adda, Yasmin, Fadzil, Alip, dan Haris
(Kalau pandai, susun la siapa datang dengan siapa. huhu).

Tempat pertama yang kami singgah adalah Jalan Tar.
Ini pertama kali oh aku sampai sana. Sumpah tak tipu!
Dan mata aku asyik melilau melihat kiri dan kanan. Teruja habis!
Syurga kain ai tell you!!! huwaaa~
Sampai En.A dah masam-masam muka sebab bila pusing je sebelah,
budak selebet ni dah tertinggal kat kedai belakang. Tengah belek-belek baju.
Risau la tu kalau aku kena culik. muahahaha :P

Tiba-tiba aku ternampak satu kedai ni siap jual kaftan chiffon yang sangat cantik. Warna-warna pastel lagi.
Nak menangis tengok sebab tak ada duit nak beli.
Masa tu masuk gerai tu dengan Nisa. Rasa macam tak nak keluar je.
Siap ada Mama Juwie kat kedai tu tengah belek-belek kaftan tu.
Tapi kami tak pandang pun dia. Dia yang pandang kami. *perasan* hahaha


cantiknyaaa!!! saya mahuuu!!! taken from here

Lebih kurang macam ni lah kaftan yang dijual tu berharga RM189.
Sampai hari ni terbayang-bayang kecantikannya. huwaa nakkk!!!
Bila balik rumah pergi cerita dengan Mama...
"Mama, memang cantik sangat!!! Tapi aja tak beli pun. Dah mahal sangat!"
Ayat nak minta kena sponsor. Tak boleh blah. Haha

Mama dengan rileks je jawab
"Mama dah ada kaftan. Kalau Jaja nak guna untuk raya pun boleh"
Kagum sebentar. Mamaku lebih advance dari aku rupanya.
Dengan excited nya aku tunggu Mama tunjukkan kaftan baru dari almarinya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
schroll lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
lagiii....
.
.
.
.
.
sikit lagiiii...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAA!!!~

Mama : Cantik tak kaftan Mama?? Baru lagi taw. Nanti senang la boleh tidur je terus lepas balik beraya. Tak payah susah-susah nak tukar dah. hik hik hik~

Erk. Mamaku buat lawak ke?? UWAAAA!!! T___T

Labels: ,

Kasut raya
Saturday, September 4, 2010 | 9:58 PM | 13 comments

Ini merupakan pengalaman raya aku semasa aku masih bersekolah.
Maklumlah, sebagai seorang anak yang masih dibiayai Papa dan Mama.
Bukan senang nak dapatkan apa-apa yang kita nak.
Jadi hari raya merupakan waktu terbaik untuk dapatkannya.

Tahun tu aku dah lama nak dapatkan satu jenis kasut itu.
Pastinya sedondon dengan tema warna baju raya tahun tu warna pink juga :)
Dah lama aku jeling-jeling dan renung-renung. Akhirnya jadi milik aku jua.
Punya lah seronok dapat kasut tu sampai kejap-kejap mesti pergi tengok. Takot hilang kot :P

Pagi Syawal tu cepat-cepat bersiap sedia. Tak sabar nak pakai kasut baru!
Macam biasa, bila Papa pulang sahaja dari masjid mestilah sesi beraya dari rumah ke rumah bermula.
Rumah pertama yang wajib dikunjungi adalah rumah Mak Long sebab masakan ketupat dan rendang yang terbaik!
Tapi kami adik beradik suka serbu kuih sarang semut.
Cian Mak Long, kami sampai je habislah kuih sarang semutnya. huhu.

Apabila sampai sahaja di depan rumah Mak Long,
kelihatan sebuah kereta dah sampai dulu.
Aku lihat banyak kasut berselerak di hadapan rumah Mak Long.

Tiba-tiba...
Aku tergamam sebentar melihat sepasang kasut pink yang terletak
elok je kat tepi tangga.
Adek yang perasan terus berkata dengan lantangnya
"EH. MACAM KASUT JAJA LAHHH!!!!"

Terus patah balik dan tukar kasut dalam kereta. Ades.


tak sabar nak jumpa kanak-kanak riang ni masa raya nanti :)

Labels:

Kantoi!
Monday, August 16, 2010 | 10:17 AM | 11 comments


Anak siapa la yang nakal sangat ni. huhu~

Labels:

Adik Bongsu
Friday, July 23, 2010 | 9:21 AM | 10 comments

Aku merupakan anak sulung dari 6 orang adik-beradik.
Satu-satunya hero adalah adikku yang bongsu bernama Sadiq.

Pernah satu ketika dulu pembantu rumah kami pesan pada Sadiq
"Adik kena jaga kakak-kakak adik jangan bagi orang lelaki kacau"

Aku gelak je sebab aku fikir Sadiq kecik lagi masa tu.
Tak sekolah pun lagi. Aku fikir Sadiq tak faham apa-apa.

Tapi pernah satu saat bila kami sekeluarga keluar shopping di Tesco.
Macam biasa aku selalu menerawang jauh dari keluarga aku.
Kalau ada barang yang menarik perhatian aku, aku memang lupa orang lain. haha.

Tengah jalan-jalan tu ada seorang lelaki senyum kat aku.
Aku senyum je la balik secara spontan. eh eh bukan gatal ye.
Senyum tu kan sedekah walaupun lelaki tu agak comel jugak sebenarnya. huhu
Aku ingat tak ada yang perasan.

Tapi entah dari mana Sadiq muncul.
Sadiq datang dekat lepas tu dia bisik " Adik nampak dia senyum kat Jaja".

Whoa! Yang peliknya, aku tak ada rasa nak marah pun.
Malah rasa terharu lagi ada la.
Senyap-senyap dia ikut aku yang dah jauh dengan ahli keluarga lain
Sadiq sangat protective dengan kakak dia :)

Sejak dari tu aku perasan, di sebalik budak manja dan mengada-ngada tu.
Yang buat aku rasa nak lempang je.
Ada seorang adik yang sangat sayangkan kakak-kakak dia.
Dia tahu banyak benda tentang kakak-kakak dia yang kadang-kadang kami antara adik-beradik pun tak tahu.

Tiba-tiba rasa rindu pulak dengan Adik :)

Labels:

Roller-coaster!
Friday, July 16, 2010 | 12:14 AM | 7 comments

Life is like a roller coaster.

It’s always a different thrill each day
For it’s never the same ride for all.

Sometimes it’s up,
Sometimes it’s down.
Twisting and turning
Through thick and thin, 

Up and down,
Which way will it go?
People scream, people shout,
Others cry, others laugh.

No matter how hard
This ride seems to be,
You just gotta get through it. 
Just have faith in yourself!

If you follow the track,
For it will take you home.
Life is like a roller coaster,
It’s the best ride there is.

- Stepfanie McCaffrey -





Kalau kau rasa roller-coaster tu mengerikan.
Kau patot cuba naik kereta dengan Papa atau Adik-adik aku.

Kalau boleh semua halangan di hadapan dia nak potong.
Tak kira lah kalau sampai 3 kereta pun akan dipotong sekaligus.
Kalau lori jangan cakap lah. Memang confirm akan potong.


Aku yang dah nak terlelap kat belakang pun tak jadi nak tidur..
Jantung aku terhenti kejap kat situ. Mata terbeliak.
Adik kat tepi sengih-sengih kambing sambil cakap "Macam naik roller-coaster!"

*terus pengsan* 


 wehatearts 

Tiba-tiba rasa rindu pulak zaman kecik-kecik dulu naik feris wheel ni sambil bawak cotton candy :)

Labels:

Tok Mak
Saturday, July 3, 2010 | 12:52 PM | 3 comments


Pada 1 July 2010, aku menerima panggilan yang mengejutkan di office.
Terkeliru sebentar tentang khabar yang aku terima.
Memang dah seminggu Tok Mak sakit tapi cuma demam biasa.
Pemergiannya memang tak disangka...

Aku ingat lagi kali terakhir aku peluk Tok Mak.
Matanya jadi berair. Terharu mungkin.
Aku menjadi sebak dan terus cium pipinya...
Dan Tok Mak sempat pesan dengan nada sebak...

"Jaga diri elok-elok!"

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang beriman.
Al-Fatihah.

ps : blog akan sunyi seketika untuk berkabung.

Labels:


OLD
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |