Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


( Raya ke-6 ) Perpisahan itu!
Thursday, September 16, 2010 | 12:10 AM | 9 comments

Pada 3 jam yang lalu,
Kelihatan seorang gadis berbaju kurung dengan seorang jejaka berlari terkedek-kedek menuju ke Pintu Utama untuk Pelepasan di KLIA.
Si gadis takut kapal terbang itu akan berlepas meninggalkannya tak lama lagi.
Tiba-tiba bunyi telefon bimbit si gadis berbunyi ringtone nokia yang murah. Panggilan dari Mamanya.

Mama : Jaja dah dekat mana? Dah nak berlepas ni.
Gadis  : Dah sampai ni dekat pintu utama. Tungguuuuu!!!!

Dari jauh kelihatan keluarga si gadis sudah menunggu dan sedang melambai-lambai ke arahnya.
Apabila gadis sampai sahaja. Satu lembaga terus meluru ke arahnya dan memeluknya.
Dalam terkejut, si gadis tiba-tiba jadi terharu.
Sebab tubuh itu sangat erat memeluk tubuhnya.

Gadis sempat berbisik sambil menahan sebak,
"Irah, jaga diri baik-baik kat sana ok!"

Apabila pelukan dilepaskan. Gadis perasan mata Papanya juga merah-merah.
Dan Mama sedang menangis teresak-esak terus memeluk Irah lagi.
Kami semua macam dah tak peduli dengan orang sekeliling.
Semuanya macam berat hati nak lihat Irah pergi.

Irah merupakan adik keempat aku yang akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan. Seorang yang tinggi lampai dan kurus.
Punyai ciri-ciri yang disukai Orang Arab.

Apabila menyedari hal itu...
Aku pernah tanya dengan Mama,
"Macam mana kalau Irah terlekat dengan Orang Arab?"
Mama jawab "Hish tak nak lah. Hari tu Mama dah takut-takutkan dia jangan ambil Orang Arab".
Bukan apa, Mama tak nak anaknya terus menetap di sana dan tak pulang-pulang la tu. huhu

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Kau lindungilah adikku dan permudahkan urusannya di sana. Amin.


Irah yang berbaju krim bersama Si Gadis. hehe ^^

Labels:


OLD | NEW
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |