DEAR DIARY,
Dulu aku pernah ada diari.
Diari aku berwarna merah jambu.
Aku mula simpan diari ni ketika sekolah lagi.
DIARI PINK : girly-girly punya diari. bukan geligeli taw! ;)
Itulah tempat aku mengadu. Tempat aku meluah rasa.
Tempat nak happyhappy. Tempat nak sedihsedih.
Tempat nak marahmarah.
Bila terlalu marah, pukulpukul diari sampai puashati.
Tak pasalpasal diari jadi mangsa kekejaman pula. Haiyaa!
Selepas tulis, aku simpan baik-baik di tempat RAHSIA.
Nama pun rahsia. TAK BOLEH BERITAHU KORANG! WEKK! WEKK! :P
Sehinggalah...
Ketika itu aku pulang ke rumah untuk Cuti Semester di Universiti.
Macam biasa tengah rilek-rilek sambil baringbaring depan tv...
Bila tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang buku berwarna merah jambu di situ.
APA KEJADAHNYA DIARI AKU KAT SINIII??
Toleh KIRI. KANAN. ATAS. BAWAH.
Pastikan line clear dan terus sambar diari tu masuk bilik.
Mission seterusnya : Mencari Adik!
Aku : Mama dan Papa ada baca tak buku ni?
Adik : SEMUA DAH BACA!
Aku : OMG!
Tampar-tampar muka. Cubit-cubit peha.
Berharap semoga semuanya mimpi. BANGUNLAH CEPATTT!!! T___T
.
.
.
.
.
Malangnya semuanya memang realiti...
TOBAT TAKNAK ADA DIARI DAH LEPAS TU!!!
Labels: random
OLD | NEW