(NotaUtkDiri) PEREMPUAN! JANGAN KAU PERGI BENGKEL SORANG SORANG LAGI!
Dah lebih 4 tahun aku bersama si kancil.
Baru sekarang nak tukar timing belt.
Sepatutnya bila meter dah capai 60,000km dah patut tukar dah.
Tapi ni dah 80,000km dah. Itu pun lepas dah kena ingat banyakkk kali dengan Encik Bambam.
 |
Getah kat roda tu lah timing belt ye murid-murid.
guna nada cikgu masa tunjuk gambar usus perut dalam kelas biolgy. |
Bawak JANGAN sampai lebih 60km/h kata Encik Bambam. Ok! Ingat tu!
Jadi kancil aku berjalan ayuslowslowsopansopan
macam tuannya.
Tapi bila dah lewat nak pergi kerja, bawak laju sikit je sampai 80km/h je.
Eh eh boleh percaya ke? hehe~
Kononnya tak nak susahkan Encik Bambam jadi pergi hantar sendiri.
Bengkel tu dekat dengan ofis. Apek tu kata dalam pukul 4 baru siap.
Padahal jam baru pukul 2 jadi balik ofis sekejap siapkan kerja sikit.
Bila bos pergi meeting, curik-curik keluar tengok kereta.
Harap-harap bos tak baca blog ni. huhu~
Sampai saja semua peralatan timing belt semua dah dibuka.
Tiba-tiba Apek tu cakap,
"Ini timing belt kena caj RM250 sebab enjin kereta U macam enjin kereta kenari. Sebab tu mahal sikit lor."
EH EH. IKUT SUKA HATI DIA JE NAK CAJ MAHAL-MAHAL.
NAK KETUK AKU LER TU!!!!
Tapi dalam hati je lah. Dekat Apek tu cakap lembutlembutsopansantun.
"Saya tak nak lah kalau macam tu"
Kemudian Apek itu pun pasang balik semua bahagian timing belt tu.
Tak sempat Apek tu nak siap, si Amoi pulak datang...
"Ini kena caj servis!"
MASA NI HATI DAH MENGELEGAK. PANAS!
KALAU GUNA AIR TU BUAT KOPI PANAS-PANAS SAMBIL KELUAR ASAP PUN SEDAP!
Tarik nafas panjang-panjang. Dengan muka maintain inosencomelcomelsaja cakap,
"Kenapa I kena bayar. U tak tukar apa-apa pun."
Amoi :
Sebab dia (Apek) sudah buka dan pasang balik semua tu
Aku :
Tapi U dah janji dengan I bagi RM180 je. Lepas tu U yang tukar RM250. Timing belt Kereta Kelisa pun tak sampai RM200.
Amoi itu terdiam. Tapi tetap mahu aku membayar 'caj servis'.
Aku :
U patut nego harga dengan I dulu sebelum buka semua ni kalau nak tukar harga kan.
Bila Apek siap pasang semua dan memasang enjin kereta.
Aku terus masuk kereta dan pergi dari situ.
Labels: wOrkaholic
OLD | NEW