Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Tragedi October
Tuesday, November 2, 2010 | 1:27 PM | 22 comments

Sampai je rumah terus berlari ke tandas.
Kotoran yang terkena dekat jeans kegemaran kena cepatcepat basuh.
Kalau tak nanti susah nak hilangkan.

 SABUN PENCUCI : Percaya merah jambu. Lupakan kotoran. 
Eh. Eh. Kenapa bunyi macam promoter Vanish pulak. Adoi.

Keluarkan baldi dan isi dengan air sabun vanish. Pasti berkesan :P
Terus sumbat jeans kegemaran dan biar untuk direndam.
Sementara tu bolehlah rehatrehat kejap.

Selepas sejam berlalu, tibatiba baru terasa sunyi betul. 
PERASAAN MACAM ADA YANG TAK KENA JE....
Ok. Ini bukan sunyi yang emosi dan konflik dalaman tu.
Tapi sunyi sebab tak ada bunyi apa-apa pun.
Selalunya dah meraung-raung suara Rihanna minta diangkat.

Baru tersedar tak nampak kelibat handphone dari tadi.
AIKK. MANA HANDPHONE KESAYANGAN??

Mula lah pencarian segenap ruang.
Atas meja. Bawah meja. Tepi Meja. TAK ADA.
Dalam handbeg. Dalam laci. Dalam almari.
Intai bawah katil pun TAK ADA!!!! AIKKK!!!

 DOA BILA BARANG HILANG : Tarik nafas dalamdalam. Baca doa ini supaya diberikan ilham.

Tibatiba teringat...
TAKKANLAH DEKAT....

Terus berlari ke bilik air.
Cepat-cepat keluarkan jeans kesayangan...
Elok je terletak dalam poket jeans sebelah kanan...

Tapi Arwah tak sempat diselamatkan.
Beliau mati lemas di tempat kejadian T___T

Labels:


OLD | NEW
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |