Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Jom melawat Hantu Kak Limah! Ada berani ka?
Sunday, December 12, 2010 | 5:17 PM | 28 comments

Orang kata Jumaat Malam elok duduk dekat rumah je.
Sebab kononnya banyak hantu keluar masa tu.
Tapi bila bukak tv keluar hantu jugak.
Tukartukar channel pun tak guna. SEMUA PASAL HANTU.
Apa kes?

Jadi bila rasa nak lagi adventure.
Encik A ajak jumpa Hantu Kak Limah dekat skrin besar lagi.
Tengok hantu dekat skrin tv pun takut. Ni kan pula skrin besar! Omaigod!
Tapi mulut terus kata JOM! Dengan nada yakin dan berani.
Padahal otak ni memang dah berfungsi cakap Jom tak kira la cerita apa asalkan dapat tengok wayang.
 T___T

Macam biasa, Awie muncul di skrin dulu 
dengan membawa motor besarnya sambil lagu Sembilu keluar.
Tiba-tiba terasa macam tengok filem Sembilu masa kecik-kecik dulu.
Eheh.

Percubaan berani mati Abu Hurairah mengorat Kak Limah.
 Kalau nak tahu Abu Hurairah ni berjaya ke tak mengorat Kak Limah.
Kena lah pergi melawat Kak Limah sendiri ye.
Ngee

Awal-awal masuk Panggung Wayang, dah standby popcorn di tangan.
Nanti boleh main peek-a-boo dengan Kak Limah guna kotak popcorn.
Padahal kotak popcorn guna untuk tutup muka bila hantu keluar.
Baik mengaku sekarang! haha!

Tapi sebenarnya tak payah pun guna popcorn.
Walaupun Hantu Kak Limah sangat mengerunkan.
Tapi mesti tergelak besar melihat telatah Husin (Awie) dan rakanrakan.
Dari awal sampai akhir asyik gelak je.
MEMANG BERBALOI BALOI!

Labels:


OLD | NEW
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |