Jom melawat Hantu Kak Limah! Ada berani ka?
Orang kata Jumaat Malam elok duduk dekat rumah je.
Sebab kononnya banyak hantu keluar masa tu.
Tapi bila bukak tv keluar hantu jugak.
Tukartukar channel pun tak guna. SEMUA PASAL HANTU.
Apa kes?
Jadi bila rasa nak lagi adventure.
Encik A ajak jumpa Hantu Kak Limah dekat skrin besar lagi.
Tengok hantu dekat skrin tv pun takut. Ni kan pula skrin besar! Omaigod!
Tapi mulut terus kata JOM! Dengan nada yakin dan berani.
Padahal otak ni memang dah berfungsi cakap Jom tak kira la cerita apa asalkan dapat tengok wayang.
T___T
Macam biasa, Awie muncul di skrin dulu
dengan membawa motor besarnya sambil lagu Sembilu keluar.
Tiba-tiba terasa macam tengok filem Sembilu masa kecik-kecik dulu.
Eheh.
Percubaan berani mati Abu Hurairah mengorat Kak Limah.
Kalau nak tahu Abu Hurairah ni berjaya ke tak mengorat Kak Limah.
Kena lah pergi melawat Kak Limah sendiri ye.
Ngee
Awal-awal masuk Panggung Wayang, dah standby popcorn di tangan.
Nanti boleh main peek-a-boo dengan Kak Limah guna kotak popcorn.
Padahal kotak popcorn guna untuk tutup muka bila hantu keluar.
Baik mengaku sekarang! haha!
Tapi sebenarnya tak payah pun guna popcorn.
Walaupun Hantu Kak Limah sangat mengerunkan.
Tapi mesti tergelak besar melihat telatah Husin (Awie) dan rakanrakan.
Dari awal sampai akhir asyik gelak je.
MEMANG BERBALOI BALOI!
Labels: movies
The Boy in the Striped Pajamas
Kisah ni tentang seorang anak askar berbangsa Jerman yang berkawan baik dengan seorang anak Yahudi.
Kau akan tersentuh melihat persahabatan mereka.
Macam nilah kanak-kanak, berkawan tak kira rupa, darjat atau harta.
Cerita ni mengajar kite tentang sahabat yang sejati...
Dari cerita ini juga, boleh dapat gambaran pada Zaman Hitler dulu...
Semasa sekolah, aku sangat bencikan Hitler.
Aku tak faham kenapa ada manusia lain yang sanggup menyokongnya.
Ketika itu,
aku rasa Hitler merupakan diktator yang sangat kejam dan tak berhati perut.
Tapi dalam masa yang sama juga, aku pelik kenapa Hitler benci pada kaum Yahudi.
Apa salah mereka sehingga patut dibunuh beramai-ramai sebegitu rupa?
Mungkin jawapannya dah boleh nampak sedikit demi sedikit sekarang...
Nak tahu jawapannya?
Sila ke
link ni.
Selepas baca link tu,
Kau pun mesti terfikir bahawa kepercayaan Hitler tu mungkin ada kebenarannya!
Labels: movies
OLD