OLEOLE BALI
Disebabkan sendiri tak pernah pergi Bali.
Jadi cuma pergi Ole Ole Bali untuk dapat 'feel' macam dekat Bali.
Boleh la merasa makanan 'Balinese' dekat sana.
Padahal masa tu baru balik dari Openhouse Nana. Motif tak reti nak kenyang? ngee
CUMICUMI GORENG : Nama pun kenyang baru balik dari openhouse tapi gedikgedik jugak nak makan dekat oleole bali.
JADI ORDER YANG RINGAN-RINGAN SUDAH.
MIMI dan APIS : bersama air alpokat kegemaran.
Kalau datang Restoran Indonesia, tak sah kalau tak order air alpokat campur coklat. sedap sampai menjilat jari.
FARA dan TASA : pegang air alpokat ketatketat.
Takot kena curik dengan Mimi. Kata sedap kan :P
Cuma air alpokat macam kurang coklat sikit. jadi aku dengan mimi sepakat nak mintak 'extra' coklat.
Mimi : Pak, mahu tambah coklatnya.
Mestila cakap pelat indon barulah betul-betul rasa 'feel' dekat Bali kan.
Aku pun tak nak kalah. Cakap dengan pelat indon juga ye.
Aku : Pak! Saya mahu juga!
Mula-mula Pak tu macam buat tak tahu je. Oh, mungkin dia tak dengar!
Jadi Aku panggil dia lagi...
Aku : Pakkkk!!! Mau tambah coklatnya...
Pak itu tersenyum-senyum. Macam baru sedar yang kami cakap dengan dia.
Tiba-tiba dia cakap "Oo. Nak tambah coklat. Kejap ye."
Apis : Eh. Dia MELAYU la korang!
Alamaks! mana la kami tahu. sebab kakak yang ambil order tu cakap Indon.
Bila nak keluar dari Ole Ole Bali tu, nampak 'Pak' tu senyum-senyum nak tahan gelak tengok kami..
PADAN MUKA! TU LAH NAK FEEL DEKAT BALI SANGATLAH KONON. HUHU
Adeh. malunya! :')
Labels: HangingOut
Happy.BELATED.Birthday. Malaysia!
Pe kejadah ko baru nak wish sekarang?
Dah SEMINGGU berlalu kot.
Isk Isk Isk.
Pada 16 Sept tu, aku dengan Encik Bambam pergi ke Muzium Negara.
Patriotik kan kami :P
Encik Bambam dah lameeee ajak pergi.
Sebab dia memang minat sejarah.
Dia la buku sejarah bergerak aku :)
Jadi sampai sana, Encik Bambam sibuk membaca dan menghayati...
Aku sibuk tangkap gambar sana sini. *snap *snap.
Dah macam Paparazzi la pulak. hehe
Sempena Birthday Malaysia,
kita kena lah nyanyi lagu
Selamat Hari Jadi Negaraku. Berdiri tegak-tegak.
Kalau tak cikgu tarik menyanyi depan semua orang depan perhimpunan.
Siapa pernah kena?? Haaa. Semua tak nak mengaku :P
Ada banyak lagi gambar dekat Mukabuku (Facebook).
Pergi sana tengok je lah k...
Kemalasan nak upload... hehe
Sebelum mengundur diri, aku nak sampaikan pesan seseorang kat sana.
Katanya kirim salam dekat SEMUA blogger yang KACAKCOMELCANTIKGORJES....
Nak tahu siapa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 |
| CHAKKKKKKKKKKKKK!!! |
TAK JAWAB BERDOSA TAW!
ngahahahaha~
Labels: HangingOut
Oops! Tak sengaja!
Laksa antara makan kegemaran aku.
Bila makan kena hati-hati dan fokus betul-betul.
sebab silap haribulan kuah boleh terpercik atas tudung.
Lagi-lagi kalau pakai warna putih. Memang nayee lah nak cuci.
Bila makan, kepala dah tak pandang tempat lain dah.
Bak kata Liza, kalau boleh muka tu nak masuk dalam mangkuk dah. huhu
Tapi entah macam mana. Agaknya sebab terlebih excited dapat laksa kot.
Panas suam kuku dengan kuah ikan yang cukup rasa...
Terus sumbat laksa dalam mulut.
Lepas tu apa lagiii... termakan CILI API. Hambek kau!
Tangan terus mencapai cawan yang paling dekat di sebelah kanan.
Terus telan. Oh sedapnya dapat air OREN jus ni!
Habis satu gelas bila tiba-tiba tersentap...
Bukan ke aku order air LAICI tadi?
Jeling sikit belah kiri. Air laici penuh satu gelas lagi.
Terus jeling kawan sebelah...
"Oops! Tak sengaja."
Terus buat muka innocent supaya tak kena lempang.huhu~
Labels: HangingOut
DELIcious@Midvalley
Semalam lepas balik kerja terus menuju ke Midvalley.
Macam biasa aku la orang 1st yang sampai.
Sementara tunggu yang lain, sempat pusing satu bangunan Midvalley tuh.
Naik giler kejap tengok sales kat MNG & Zara.
Tapi saya sudah pokai. Isk. Isk. T___T
Pada hari tu memang dah plan nak makan dekat Delicious.
Sejak baca blog
Chocoholic Sisters, memang teringin sangat nak cuba.
So awal-awal lagi memang ajak dorang pergi tempat ni.
Lampu tu sebenarnya sangkar burung. Memang cantik sangat!
Sekarang mari menjamu mata dengan makanan yang kami order
Mula dengan wedges ni.
Makan ringan-ringan dulu sementara tunggu Mior & pasangan dia sampai.
Tapi sebab Mior tersangat lambat dan kami tersangat lapar.
Jadi order Macharoni & cheese ni pulak.
Memang menjilat jari!
Yang ni favourite aku, Beef Lasagna!
Dan ini adalah para pelantak pada hari itu. huhu~
Tuan blog nak mencapub jugak! huhu~ *capub = cari publisiti*
Akhir sekali,
Selamat Hari Lahir kepada si gadis manis, Tashya Rolland.
Semoga panjang umur & murah rezeki!
Kita kawan dunia akhirat taw! :)Labels: HangingOut
OLD