Duapuluhsen
Kejadian bermula di sebuah kedai runcit di kawasan Selangor.
Ketika itu aku sedang beratur untuk membayar beberapa barang keperluan.
Akhirnya tinggal seorang budak lelaki India dalam lingkungan umur 12thn di hadapan aku.
Budak lelaki tersebut berpakaian agak sempoi dengan baju putih tanpa lengan dan ala-ala kain pelikat.
Aku perasan budak lelaki tersebut memegang sekeping roti di tangannya.
Kepalanya asyik tertunduk seperti mengira duit syiling di tangan.
Bila sampai giliran budak tersebut, aku dengar gadis di kaunter merungut.
Katanya wang tak cukup. Dan budak itu hanya tunduk sahaja.
Kata budak tu, itu je yang maknya bagi tadi.
Kemudian gadis kaunter itu suruh seorang pekerja di situ mencari bos.
Seorang Amoi Tua keluar dari belakang dan menghampiri kaunter.
Gadis tersebut terus menghulurkannya sebuah buku logbook.
Aku syak itu buku hutang.
Kesian betul aku tengok budak itu. Mesti dia dah malu. Dan masih tertundukk.
Bagi aku, tak patut mereka buat macam tu kepada budak itu.
Lalu aku pun cakap kat gadis tu " Berapa yang tak cukup? Saya bayarkan."
Gadis itu macam terkejut dan terus cakap "20sen"
Selesai je bayar semua, aku dengar budak itu cakap dengan perlahan seperti menahan menangis."Terima Kasih Kakak"
Haish. Aku pulak yang nak menangis dengar dia cakap macam tu.
Apa punya kedai la sampai 20sen pun nak kena panggil bos ke??!
Labels: babbling
Nota untuk diri sendiri
"STOP admiring what others have but START loving yourself."
Dari kau bermonyok sebab asyik berfikir aku mahu itu dan itu.
Atau pun mahu jadi macam ini dan ini.
Sampai bila-bila pun kau akan murung.
Bukankah lebih baik kau bersyukur dengan apa yang kau ada.
Then kau akan lebih happy dengan diri sendiri.
Dan keyakinan itu bakal buat kau lebih cantik dari orang lain.
Labels: babbling
OLD