Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Syurga buat Pengemar buku!
Monday, November 15, 2010 | 11:49 AM | 12 comments


Big Bad Wolf telah mengadakan Jualan Murah Buku
secara besar-besaran.
Butiran seperti di bawah ;

Tarikh : 12 Nov 2010 - 17 Nov 2010 (Jumaat - Rabu)
Tempat : Tingkat bawah, South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor
Masa : 10.00am- 9.00pm

 
Buat pengemar buku seperti saya.
Jualan murah macam ini seperti Syurga Buku.

 Semua berebutrebut nak dapatkan buku.
RAMAI YANG SIAP BAWA KOTAK BERISI PENUH DENGAN BUKU!
Macam gadis kat sebelah kiri ni.


Semua dalam linkungan harga RM8-RM20 sahaja.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
Rugi kalau lepaskan peluang macam ni.

Sampai sahaja di kaunter bayaran kelihatan barisan yang sangat panjang.
Masing-masing sampai dua tiga kotak.
Cuma aku dengan Encik Bambam yang ambil beberapa naskhah je.
SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA TAK GEMAR MEMBACA BUKU KAN! 
Sebab aku sangat suke kot! :)


semua gambar kredit kepada owner

Labels:

The Book of Tomorrow.
Thursday, July 8, 2010 | 10:48 AM | 10 comments

ESOK...
Satu perkataan yang semua orang tak pasti.
Kalau kau tanya aku pun. Aku takkan dapat jawab.
Lainlah kalau aku dah plan nak pergi shopping atau ada meeting ke...

Itupun...
Orang kata " Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan"

Tapi ANDAIKATA ada sebuah buku yang boleh memberitahu masa depan...
Korang akan baca tak??

Mungkin kita akan lebih bersedia tentang hari esok kalau macam tu.
Mungkin kite boleh elak dari buat kesilapan seperti tersalah cakap atau tersinggung hati orang tersayang.
Mungkin juga kita boleh mengelak dari pergaduhan atau peperangan berlaku...
Who knows right? It can be anything...

Tapi bagi aku...  "Life is full of suprises!"
Kalau kita dah tahu tentang esok.
Macam dah tak ada thrill kat situ.

Apa-apa aje lah Fara bebel hari ini kan...
Actually Fara baru habis baca buku terbaru dari my favourite arthor, Cecelia Ahern.


Buku dari hasil tulisan Cecelia Ahern ni tak pernah menghampakan Fara.
Isi cerita buku-buku dia semua sangat magical dan inspirational.
The best part was, Fara memang tak dapat jangka apa ending dia...
Sedar-sedar dalam satu malam dah habis baca sebab tak sabar nak tahu ending dia...

Tentang seorang gadis bernama Tamara yang baru kehilangan bapanya.
Kemudian Tamara dan ibunya terpaksa menumpang di rumah Mak Cik Tamara iaitu Rosaleen.
Tamara yang dulunya hidup serba mewah terpaksa hidup susah di tempat baru yang terpencil...
Suatu hari, Tamara jumpa sebuah buku yang boleh memberitahu masa hadapan.
Dari buku itu, Tamara mendapat tahu bahawa tempat tu sebenarnya menyimpan satu misteri...
Satu persatu Tamara cuba menyelongkar apakah misteri itu...
Dan siapakah Tamara sebenarnya...

Dah cukup sampai situ.
Yang lain kena bace sendiri k! ;)

Labels:


OLD
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |