mari shopping!
Perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan.
Kalau tak dapat keluar sendiri pergi beli. Sekarang shopping online pun boleh.
Lagi bahaya kot sebab sekali click je duit dalam bank dah masuk akaun orang lain. Raksasa pemakan duit betul.
Sekarang ni banyak blogshop yang jual apparel dari Korean kan...
Dekat facebook pun dah bersepah...
Baju & bag kat gambar atas ni dah lama aku usha.
Tapi asyik ragu-ragu je nak beli.
Sebab sebelum ni pernah beli baju korean sekali.
Dan ada sikit menyesal bila dapat.
Kualiti kain yang rendah dan agak panas.
Tu tak kisah lagi sebab boleh pakai pergi ofis yang sejuk.
Tapi sebab baju tu agak luas di bahagian dada.
Jadi setiap kali nak kena pakai dengan tube sekali. Leceh betol. :(
Sejak tu dah agak takut-takut nak beli lagi.
Tapi sangat suka dengan baju & bag kat atas ni....
Rasanya berbaloi tak nak beli?
Labels: wishlist
OLD