Shout here Thank you!
Follow+ | Dashboard


ABOUT LINKS ENTRIES
.F.A.R.A.
I am a Happy-go-lucky person!
Currently a Daughter & Wife
and Mommy of Two!

I love to write. Just about anything.
My opinions. My Experience. My Life.
Everything is mainly about Me.
And a little about the people around me.


VIEW MY COMPLETE PROFILE



underline bold italic strike


Facebook | Twitter | Tumblr


Berhati-hari di Jalanraya!
Tuesday, December 7, 2010 | 4:20 PM | 15 comments

Peristiwa ini berlaku minggu lepas.
Seharian di hantar melakukan tugas 
di Shah Alam bersama beberapa staf lain.
Dalam pukul 6 baru sampai ofis sebab jam terok T__T

Kemudian dari ofis baru berangkat ke rumah masingmasing.
Macam biasa Fara akan melalui kawasan kilang yang agak sunyi.
Bila sampai je satu simpang, ternampak seorang budak terjatuh dari motor.
Akibat bawak motor terlalu laju dan tak sempat break dekat bumper.
Pemandu motor tu memegang kaki seperti kesakitan dan tak mampu nak bangun.

Dalam otak asyik berfikir,
Nak berhenti ke tak? Nak berhenti ke tak?
Apabila Fara lihat ada kereta berdekatan yang datang membantu budak itu.
Fara terus berlalu pergi.

Bunyi macam 'selfish' sungguh kan!
Tapi memikirkan keadaan sekeliling yang sangat sunyi.
Dan Fara sorangsorang je masa tu.
Sungguh Fara tak berani pun nak berhenti.

Korang rasa betulkah tindakan Fara ni?

a) Patutnya Fara tolong budak tu. Cian dia.
b) Jangan berhenti. Bahaya! Dah la sorangsorang je.
c) Takpe kot. Lagipun dah ada orang tolong kan.
d) ApaApa je lah Fara oi...

Di kesempatan ini juga, Fara ingin mengucapkan,
SALAM MAAL HIJRAH KAWANKAWAN!
BERHATIHATI DI JALANRAYA TAW!

credit pic to owner




Labels: ,

Yaya's Eday
Monday, December 6, 2010 | 11:25 AM | 17 comments


Semalam berjalan sakan sampai ke Tanjung Malim.
Semata-mata nak menghadiri jemputan dari Yaya.

Alhamdulillah.
Majlis berjalan lancar.
 dan Yaya selamat bertunang semalam.
 Hari itu Majlis bertemakan Merah & Putih.
Sangat Cantek taw!

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASANGAN YAYA & NIZAM :) 


ps : Dah tukar layout blog sebab ramai yang cakap link tak keluar update terbaru kan.
Nanti korang tolong link kan semula blog ni ye.
TQVM! ;P



Labels:

Selamat Ulangtahun ke-2!
Friday, December 3, 2010 | 12:08 AM | 13 comments

Oops!
Jangan salah sangka pulak.
Ini bukan nak cerita pasal Ulangtahun sendiri
Ni nak wish khas buat blogger Zafira Nabilah

SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 APA KATA HATI!

Nabilah merupakan Tuan Blog Apa Kata Hati.
Nabilah adalah antara blogger yang paling rapat dengan Fara.
Boleh kata Nabilah ni Best Friend Fara di Alam Maya.
Sebab Nabilah antara blogger yang paling lameee Fara kenal.
Nabilah akan support apa saja yang Fara buat.
Walaupun tak pernah jumpa, tapi rasa rapat sangat dengan Nabilah ni :)

Kawankawan lain jangan kecik hati pulak k.
Saya sayang semua kawankawan blogger saya taw!



Sempena menyambut Ulangtahun ke-2 ni, 
Nabilah dengan baik hatinya telah memberi hadiah kepada rakan-rakan bloggernya.
Dan Fara merupakan antara blogger yang terpilih.
Sangat berbesar hati sebab bukan semua yang dapat taw!



JengJengggg!!!
Ni lah hadiah tu. Warna Ungu kegemaran Fara lagi. 
Kebetulan pulak, hadiah ni sampai betul2 masa Hari Jadi Fara.
Datangdatang ofis, tengok dah ada bungkusan menunggu.
Macam bukak hadiah Hari Jadi pulak rasanya.
Thanks Nabilah! Fara suka sangat!

Bagi Fara, blogging bukan medium untuk mencari publisiti.
Fara tak kisah pun kalau follower sikit.
Yang penting, Fara dapat berkenalan dengan ramai kawan baru! 

Siapa kata kita tak boleh dapat kawan yang baik di Alam Maya kan! ;)


Labels:

The Little Monster in Me said "Jom Ponteng Kerja Esok!"
Wednesday, November 17, 2010 | 5:26 PM | 16 comments

Bangunbangun je dari tidur.
Baru sempat menguap sopansopan sambil jerit "Yay, Raya!"
Sempat jugak gosokgosok mata.

Bila Adek tibatiba muncul dan terus cium tangan.
"NAK DUIT RAYE!"

Aikkkkkk~
Sejak bila pulak Raya Haji pun kena bagi duit raya?
o____O

Adek kata "Dah nama pun RAYA Haji, kena la bagi duit raya!"
Boleh pulak camtu kan? Huhu~

Bila dah siap-siap dan turun dekat bawah.
Tengok macam-macam Mama dah masak.
Nasi himpit + Ayam masak merah + Kuah kacang + Kuah Lodeh
Tak lupa jugak desert Oreo Truffle yang Wawa buat.
KALAU SETIAP HARI MACAMNI KAN BEST!

Kenapa la Cuti Raya Haji ni 1 hari je oh!
Esok dah kena masuk kerja balik.
TAK NAK BALIK RUMAH BOLEH TAKKK?


Siap kau kambing. 
Tahun depan aku korbankan kau pulak!
CIS!

Labels:

KetupatLemangRendang Oh Sedapnya!
Thursday, September 9, 2010 | 12:25 AM | 9 comments

Fara ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal kali ini memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan 
dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. 

--------------------------------------------------------------------

Di kesempatan ini, Fara ingin mengajak kawan-kawan blogger.
Mari sama-sama doakan semoga ibu kepada kawan blogger kita,
Fina Sophie supaya cepat sembuh.
Di harap kawan-kawan blogger sekalian pergi menjenguk dan tinggalkan kata-kata semangat kepada Fina di http://www.sophiesm.com/
Mana tahu dengan komen-komen tu boleh membuatkan dia gembira.
Hari ini hari Fina. Esoklusa hari kita pulak kan.

Ya Allah,
Kau berikanlah kekuatan kepada Fina sekeluarga untuk menghadapi dugaan ini.


Amin.

-----------------------------------------------------------------



Yay! Esok raya dah!!!!
Jom balik kampung!

^____^

Labels:

Sahur
Wednesday, August 11, 2010 | 8:54 AM | 15 comments

Semalam dah plan tak nak bangun sahur sebab sangat penat dan dah makan lewat pun.Tengah syok melayan mimpi yang tak berapa nak indah...

*KRINGGGGGGGGGGGGGGG*

*KRINGGGGGGGGGGGGGGG*

*KRINGGGGGGGGGGGGGGG*

dengan suara serak basah baru bangun tidur yang bak Farah Fauzana. aku menjawab "Halo"

"SAHURRRRRRRRRRRR!!!!!" suara riang ria kanak-kanak si buah hati.

"ok!" nak cepat-cepat habiskan perbualan untuk sambung tidur.

"Jap-jap. Dengar lagu ni k!" sambil pasang lagu dan menyanyi sekali.


- Kejora dari Amy Search -

Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati
Halusnya lengang sehalus
Sutra cinta

Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita
Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku
Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku


Apa aje lah motif mamat ni pagi-pagi buta menyanyi.
Terus tak jadi tidur balik. Saja je dia ni taw! T___T

-----------------------------------------------------------

Selamat menjalani ibadah puasa ye kawan-kawan! :)

Labels: ,


OLD
Template designed by Farah Hyunn. Helped by | | |